Friday, 2 January 2015

Tips urus rumah tangga nampak kemas dan bersih

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Hiasan



Agaknya apa yang saya nak kongsi hari ini. Sebenarnya saya baru siap melipat kain baju yang bertimbun. Baju baru keluar dari bag balik kampung, baju yang sedia menunggu yang belum berlipat sebelum balik kampung bercuti. Semuanya berlonggok macam bukit jantan. Bayangkanlah, kalau tak mulakan melipat sampai bila- bila berserabut rumah. 



Itu belum termasuk mainan anak yang bersepah. Lagi memeningkan kepala. Pernah tak masuk rumah orang yang kemas dan rapi, terasa nak buat cam tu bila balik rumah sendiri. Mulalah rajin mengalih, menyusun apa yang patut. Sekejap je rajin, lepas tu jadi balik macam tongkang pecah. Agaknyelah apa rahsia rumah mereka nampak kemas dan bersih.



Pada pendapat saya yang penting cara kita urus masa kita. Dan yang ke dua sikap kerjasama semua ahli dalam rumah. Yang ke tiga disiplin anak- anak dan juga semua ahli dalam rumah. Yang ke empat ada rasa bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan rumah dari semua pihak.

Nak cerita tentang urus masa. Semua orang ada 24 jam sehari. Mungkin masa di rumah hanya tinggal 16 jam. 8 jam berada di luar sebab bekerja. Bagi suri yang tak keluar bekerja ada 24 jam sehari. Cuba sediakan sedikit masa untuk kita urus rumah. Biar nampak kemas dan bersih. 

Untuk suri macam saya, mungkin orang boleh kata, duduk rumah bolehlah, banyak masa. Tapi duduk di rumah pun ada juga tugasan lain nak di buat. Keluar beli lauk, hantar anak dan ambil anak sekolah. Hal- hal lain pun ada juga yang memerlukan suri keluar rumah.

Bagi saya senang saja. Nak dengan taknak saja. Kalau betul- betul nak korbankan sikit masa. Bangun awal pagi, pukul 5:00 sebelum anak- anak bangun. Kita ke dapur selesaikan dapur, cuci pinggan, kemas bahagian dapur, meja bersihkan , buang makanan yang basi, buang sampah, masak air dan boleh terus sediakan sarapan ringkas.



Selesai dapur beralih pula ke bilik air, bolehlah mandi dan cuci pakaian. Sekarang semua rumah ada mesin basuh lagi mudah. Boleh terus mendirikan solat subuh. Bersiap untuk keluar bekerja bagi yang bekerja. Bagi suri sudah boleh memulakan tugasan rumah. Hantar anak sekolah, beli lauk, masak untuk makan tengahari. Kalau rasa penat rehat jap. Pukul 10 selalunya dah siap masak, bolehlah menyidai kain baju dan melipat. Merapi rumah dan menyapu sampah, mop lantai pun dah siap sebelum pukul 12:00. Lepas tu rehatlah berapa lama nak rehat sambil menunggu waktu solat Zohor. 

Janganlah kerja rumah tak siap lagi dah buat kerja- kerja lain. Yang penting jangan bertangguh. Inilah yang saya cuba buat untuk urus rumah.

Untuk mengekalkan keadaan rumah nampak kemas, semua ahli keluarga termasuk anak- anak mesti bekerja sama. Bila rumah dah siap cantik , bersih dan kemas, janganlah ada orang yang tak de perasaan menyepah. Letak tuala, baju sesuka hati. Ada yang sangkut tuala mandi di kerusi, baju di lantai. Bukankah ini sikap yang tak elok dipraktikkan. Penat orang yang mengemas tu.

Yang ke tiga, disiplinkan anak- anak sejak kecil. Anak- anak memang suka menyepahkan mainan. Mainan tu bukan semua pun yang mereka nak main. Tapi ibu yang kena ajar anak cara ambil mainan dan simpan mainan selepas main. Bukankah mudah kerja kita. Kalau boleh asingkan mainan ikut kategori. Mainan masak- masak satu bekas, anak patung satu bekas, puzzle , lego satu bekas. Ajar anak minta izin sebelum main. Masa tu kita boleh ajar mereka, dan tanya mainan apa nak main ketikas itu. Jika anak nak masin lego minta anak ambil lego atau kita yang ambilkan. Bila tengah main lego toba- tiba tukar fikiran nak main anak patung, minta anak kemas semula masukkan dalam bekas. Dah siap baru boleh ambil yang lain. Kalau tak buat macam tu, kita juga yang penat dan serabut tengoj mainan berselerak.


Dan yang terakhir, kalau nak rumah teratur rapi, semua pihak ada rasa tanggung jawab. Kalau takde rasa tolonglah hargai orang yang mengemas dengan cara jangan buat sepah. Hihi... Macam pernah terkena je.. Biasalah tu bla dah ramai- ramaikan. Yang penting kita seronok membuat kerja rumah. Jangan rasa tertekan. Jangan jadi harimau garang, stress, tunjuk muka tak gembira. Buatlah perlahan- lahan dengan ikhlas. Kalau rasa penat rehatlah. Beritahu ahli keluarga yang anda dah mengemas. Jadi minta tolong jangan sepahkan barang. Sila letak tempat yang sepatutnya letak. Lama kelamaan semua orang tahu tanggungbjawab.

Si tukang kemas boleh beritahu pada semua tujuan kita buat ni. Bukan mengongkong, tapi untuk kebaikan bersama.





No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...