Skip to main content

Menu Ringkas Untuk Bento atau Bekal Untuk Anak Ke Sekolah

Teks: Zanariah Kamal
Foto : koleksi peribadi






Bismillah...
Anak- anak akan mulakan sesi persekolahan tak berapa lama lagi. Saya rasa semua ibu- ibu ada niat nak sediakan makanan untuk BEKAL atau nama up to date sikit BENTO. 

Masih ada masa lagi nak pergi beli stok untuk seminggu atau dua minggu, mungkin juga sebulan. Biasanya untuk sarapan pagi menunya saya buat yang ringkas dan mudah nak sediakan. Tak perlu lama- lama kat dapur.

Paling ringkas selalunya makanan yang berasaskan roti. Yang ke dua ringkas cereal atau koko crunch dan roti gardenia petisa coklat dan vanila je.Tapi pada tahun ni azam lebih baik sikit semangat nak sediakan bekal anak pagi- pagi. Maklumlah tahun lepas tak berapa berjaya misi buat bekalan anak- anak. Kesian anak- anak makan kuih atau nasi lemak je yang  dibeli di kantin sekolah.

Saya dah siapkan senarai menu untuk sebulan. Insya Allah jadi lebih mudah sebab saya akan siapkan bahan asas awal- awal dan di bekukan.

Menunya simple semuanya makanan kegemaran anak. Pastikan sediakan mangkuk yang sesuai saiznya atau paling mudah plastik beg berzip.

Minggu pertama
Isnin - Roti telur hancur mayonis dan sos
Selasa - Paratha gulung inti ayam
Rabu - Mee hoon goreng
Khamis - Lempeng susu bubuh madu
Jumaat - jemput- jemput sayur ( lobak/ labu)

Minggu ke dua
Isnin  - Roti sosej gulung cheese
Selasa - roti john home made
Rabu - jemput- jemput kentang ikan bilis
Khamis - Nasi goreng kampung telur hancur
Jumaat - Roti susu + tamar koko / milo

Minggu ke tiga
Isnin - Mee hoon singapore dan nuget ayam
Selasa - Roti paratha gulung inti ayam dan mayonis
Rabu -  Roti bakar mentega dan kaya
Khamis - Jemput- jemput udang
Jumaat - Roti telur cheese

Minggu ke empat
Isnin -  cucur kembung manis
Selasa - roti john
Rabu - nasi goreng china
Khamis - roti gulung sosej
Jumaat - sandwich telur

Banyak lagi ada di kepala ni.. Tapi ini saje yang anak- anak paling suka. Lebih baik sediakan bekal yang anak suka makan dari kita buat yang mereka tak suka. Silap- silap di bawa balik bekal tu nanti.





Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...