Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Hari Ke Dua Puasa Di Sekolah

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke dua kita berpuasa. Seronok bila dapat berpuasa penuh. Ajar anak-anak menahan rasa lapar. Alhamdulillah semalam bercuti jadi kurang sikit ragam anak-anak. Hari ini tak tau lagi. Harap kesabaran mereka makin meningkat. Tadi sebelum ke sekolah Haziq sempat tanya menu apa untuk buka puasa petang ni. Ummi pun dapat rasa bila kita buat makanan yang mereka suka bertambah semangat nak puasa hingga petang.  Hari ini ummi plan nak buat bihun goreng special, karipap roti, dan curry puff, minuman carrot susu suam. Minuman kebiasaannya saya buat panas, walau air sejuk amat menyelerakan. Sebab ummi tak nak anak ummi keletihan lepas berbuka. Bila letih tak larat ke surau untuk solat terawih. Rehat sebentar ye, saya nak solat zohor dulu. Petang nanti sambung cerita. Sekarang nak sambung balik kisah hari ini. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang anak- anak dah pulang. Harraz dah tewas di sekolah, minu

Ramadhan Dah Menjelma, Selamat Berpuasa!!

Teks: Zanariah Kamal Bism illah.. Assalamualaikum Selamat  berpuasa dan mengerjakan ibadah sunat yang lain kepada yang singgah di blog saya ni. terima kasih banyak-banyak. Mohon maaf jika sepanjang berblog ada perbuatan atau kata-kata yang tidak menyenangkan dari saya. Semoga sama-sama dapat keberkatan dalam mengerjakan ibadah. Inshaallah. Rasa cepatnya masa berlalu. Dah masuk waktu zohor dah. Saya baru siap mengemas rumah yang bersepah sebab kerja- kerja mengecat. Alhamdulilah semua dah siap. Lega rasa hati seminggu duduk dalam tongkang pecah. Kini dah boleh bernafas lega tengok rumah bersih dan kemas.  Hari ini hari pertama berpuasa tahun 2014. Saya masih terfikir menu untuk berbuka nanti. Masing-masing kurang berselera makan, tak tau sebab apa. Sahur tadi anak-anak makan terpaksa. Umminya risau takut tak larat hingga menjelang waktu berbuka. Sampai sini ye catatan saya, nak solat zuhur dulu. Selamat memasak ye ibu- ibu dan suri- suri sekelian. Kalau

Resepi Lasagna Sedap

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Assalamualaikum...hari nak kongsi resepi. Bahan untuk lasagna: Kulit lasagna Keju Mozzarella Bahan untuk sos daging: 1 paket daging kisar 1 tin cendawan butang         } Dipotong dadu 1 biji bawang besar              } 5 ulas bawang putih - dicincang 1 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar puri tomato 2 sudu sos cili 1 kiub pati ayam Sedikit lada hitam Sedikit oregano Garam dan gula secukup rasa Bahan untuk sos putih: 2 sudu besar mentega 2 sudu besar tepung gandum 250 ml susu penuh krim 1/2 potong keju Cheddar Sedikit lada sulah Garam secukup rasa Cara membuatnya: Untuk sos daging, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan daging. Setelah daging empuk, masukkan puri tomato, sos cili, kiub ayam, oregano dan lada hitam. Masak sehingga sebati, kemudian masukkan cendawan butang. Ketepikan.  Untuk sos putih, cairkan mentega dan masukkan tepun

Peranan Ibubapa Menjelang Peperiksaan Anak

Tek: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum..Hari ini masih lagi nak kongsi cerita tentang peperiksaan. Selagi belum selesai lagi peperiksaan selagi itu saya tak senang duduk. Maklumlah, ini pertama kali anak nak duduki peperiksaan. Orang kata apalah nak kecoh- kecoh baru UPSR. Tapi bagi saya ianya penting. Sebab saya mahu anak saya dapat masuk sekolah menengah yang terbaik.  Untuk dapatkan yang terbaik, usaha kena jugalah  lebih. Bukan anak yang duduki peperiksaan sahaja yang kena berusaha, tapi ibu juga perlu membantu. Sebab itulah saya tak duduk diam, mencari tips-tips bagaimana saya sebagai ibu boleh bantu anak untuk berjaya. Ini adalah antara tips atau perkara yang ibu perlu tahu bagi memastikan kejayaan anak. Tips ini saya dapat dari blog Dr Tengku Asmadi dan saya kongsikan di sini. Semoga ia memberi manfaat pada kita yang belum berpengalaman. 1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebe

Rumah Kita Taman Syurga Kita

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. "Ummi, kakak nak rumah besar ada bilik cantik, ada pokok bunga, ada burung" Inilah antara luahan hati Danisha bila tiap kali tengok umminya mengemas rumah.  Alhamdulillah..syukur kita punya rumah. Ada orang tak de rumah Danisha..tak kisahlah rumah tu besar ke kecil ke..yang penting orang-orang dalam rumah tu semuanya solat 5 waktu, patuh perintah Allah dan pandai jaga kebersihan rumah...Kalau macam tu rumah yang sempit pun jadi lapang. Sebab apa? sebab Allah limpahkan keberkatan dan rahmatNya pada seluruh penghuni rumah tu...' Balas Ummi. Danisha seorang yang cerewet dan juga boleh dikatakan pengkritik hebat dalam banyak perkara. Walau usianya baru 5 tahun, tapi otaknya ligat macam orang dewasa. Walau apa pun kita harus bersyukur, walau rumah tak seluas atau besar macam rumah orang lain. Wahai anakku rumah yang kita ada ini, kita pelihara kebersihan dan kesuciannya. Yang pertama : Pastikan rumah ini bersih dari segala per

Projek Kemas Dan Deco Raya Rumahku Syurgaku

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Salam semua kepada pembaca blog Aspirasi Ummi. Selamat berhujung minggu. Minggu ini, terasa penat sangat. Boleh demam urat dibuatnya. Moga terus kuat dan sihatlah hendaknya. Apa tidaknya, mengemas rumah macam nak pindah rumah. Bila dah selongkar semua barang macam tongkang pecah. Dengan anak-anak mengacau lagi. Kita nak buang dia nak main. Maklumlah lama tersorok mainan dia orang, sekali ternampak suka sakanlah. Puasa dah nak dekat, jadi saya kemas dan buang apa yang tak perlu. Bulan puasa nanti saya nak rehat dan tumpukan ibadah saja. Cadangnya, esok hari ahad nak mengecat rumah yang dah comot. 5 tahun sekali tukar cat dinding. Cat terakhir masa Danisha dalam perut lagi. Saya cat sorang diri. Sekarang Danisha sudah 5 tahun usianya.  Pening juga kepala memikirkan warna cat. Berhari-hari membelek catalog. Akhirnya saya ambil keputusan nak cat warna putih dan pink cair. Sweet je warna dalam katalog tu. Dah kena kat dinding rumah tak taulah maca

Tips Daging Yang Dimasak Cepat Lembut

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Salam Jumaat semua. Nak update cerita apa agaknya ye hari ini. Tak ada apa yang menarik sangatlah. Cerita masak- masaklah. Sambil menunggu sup ayam kampung empuk dagingnya, saya menulis entri sekejap. Sebenarnya saya baru lepas menggoogle petua nak empukkan daging. Dah lebih 2 jam daging ayam kampung masih keras. Anak dah minta nak makan, sekejap lagi nak ke sekolah. Ada macam-macam petua, suruh letak panadol, daun betik, daun nangka. Mana nak dapat daun-daun tu. Yang panadol tak tergamak saya nak buat. Saya buat yang paling mudah gunakan sudu camca besi tu. Alhamdulillah setengah jam selepas bubuh sudu dah lembut ayam jantan kampung tu. Inilah hasilnya sup ayam kampungku sudah siap dimasak. Dihidangkan dengan terung goreng cili padi. Berasap telinga dibuatnya. Tapi sodap kata orang negori, bertambah Danisha makan hari ini. Terima kasih kepada ayah mertua yang memelihara ayam di kampung. Semua ayam-ayamnya sihat dan besar. Cukup

Resepi Puding Roti Sedap

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, sudah siap puding roti versi saya. Masih panas lagi tu. Belum boleh potong. Sesuai untuk minum petang nanti. Nak resepi tak? Saya ubah suai resepi asal.  Bahan2 Roti gardenia 8 keping  2 cawan susu Segar 4 sudu makan gula Sedikit esen vanilla 2 biji telur kismis segenggam 1 sudu makan tepung jagung 2 sudu mentega/ minyak Caranya  *Mula- mula rendam sebentar roti dengan susu segar. *kemudian masukkan telur, gula, esen vanilla, tepung jagung, mentega kedalam blender. Blend sampai kembang.  Ikut resepi saya, saya kisar sekali dengan kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan.  Sebab ada anak saya yg tak makan kismis. Lepas tu, masukkan roti yang direndam Dan kisar hingga sebati. * Tuangkan dalam loyang dan kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.. Sekian, selamat mencuba. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Misi mengumpul dan menambah kemahiran memasak. Kali ini nak kongsi resepi kek coklat kukus pulak. Kalau sebelum ni tiada kesempatan nak kongsi. Alhamdulillah hari ini saya senang sikit, semua dah beres dan boleh hadap komputer. Senang dan mudah sebab sukatan saya gunakan cawan. Tengok gambar dah terliur ni BAHAN-BAHAN ( SEBIJI KEK ) 1 1/3 cawan tepung gandum, 1 1/3 cawan gula, 1 cawan koko, 1/2 cawan  susu cair, 1/2 cawan minyak masak(sebaiknya minyak jagung), 1 cawan air  sejuk (beku tmpat ais), 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh  bikarbonat, 1 sudu teh Esen Vanila, 3 biji telur CARA-CARA  Sediakan kukusan dan jerangkan… Sekalikan tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat dan ayak. Biarkan seketika. Di bekas yang lain 1. pukul telur sehingga kembang 2. Masukkan gula dan pukul  lagi 3. Masukkan minyak dan susu 4. Masukkan air sejuk, esen vanilla dan  pukul/ratakan. Masukkan bahan no.2 sedikit demi sedikit dan pukul  h

Resepi Puding Triffle

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Hari ini nak kongsi resepi puding yang sedap. Kegemaran saya sebenarnya. Puding ada kek dalamnya. Selalunya saya selalu guna kek gulung perisa pandan Dan coklat. Yang lain tak pernah cuba. Boleh juga kot, asal kena dengan selera masing- masking. Puding triffle namanya. Jom buat ikut resepi yang saya ada dapat dari cik google ni. Bahan2 nya 8sudu tepung kastard 1 tin susu cair 1 1/2 cawan air 1 tin buah campur 1 kek gulung 1 pek jelly nona Cara nya ★Potong kek dan susun kedalam bekas kemudian ke tepikan dulu. ★Masukan tepung kastard sebanyak 8sudu, 1 tin susu cair dan 5 sudu gula dan 2gelas air letak d ats dpur dngn api yg sangat perlahan kacau sehingga pekat atau kekuningn. ★setelah masak masukan ke dlm bekas yg ada kek tadi ketepikan dulu. ★masukn 400ml air dan serbuk jelly kedlm periuk   stlh masak masuk ke dlm bkas perlahan2 jngn smpai kastrd pecah nnti kek d bwh akn serap jelly yg panas.kemudian tabur buah cmpuran ke ats jelly.

Tips Mudah Bersedekah

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Sekarang dah pun masuk pertengahan bulan Syaaban. Tinggal kurang 2 minggu lagi seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menyambut puasa. Ramadhan yang ditunggu- tunggu pasti kunjung tiba. Persiapan mental dan fizikal perlu ada dalam diri kita. Tak kurang juga sekarang ni ramai juga yang berlumba-lumba berpuasa sunat dan qada puasa. Bila tiba bulan puasa sinonim sangat dengan sedekah. Sebab kebiasaannya orang lebih suka bersedekah dalam bulan ramadhan. Mungkin juga kerana merebut peluang ganjaran Yang Allah janjikan. Tapi sebenarnya sedekah boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Sedekah amat mudah, seorang lelaki pernah bertanya Nabi Muhammad SAW bagaimana? Lalu Nabi Muhammad SAW membalas, "gunakanlah kedua-dua tanganmu dan dengan hasilnya kamu bersedekah". Maksudnya ialah memberi makan kepada isteri, anak-anak, keluarga dan orang yang memerlukan dikira bersedekah. Jika tidak mampu, penuhilah keperluan orang yang dalam terdesak.

Tips Mengajar Sikecil Supaya Bersabar

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengajar sikecil kita bersabar. Bagaimana agaknya ye, nak mengajar anak kecil supaya bersabar. Pernah tak situasi begini terjadi dalam hidup anda. Contohnya, jika anak kita tidak sabar mahu menonton kartun kegemarannya sedangkan kita pula sedang menonton rancangan keagamaan. Agaknya apa yang kita akan cakap pada anak supaya sabar. Sebenarnya sangat mudah, anda cuma perlu letakkan tangan kita di dada anak dan usap berkali- kali dan katakan padanya, "sabar.." Selepas itu letakkan tangan  sikecil anda di dadanya sendiri dan katakan "sabar.." Kemudian katakan, "sabar itu bermakna, sabar untuk mengikuti semua perintah Allah dan sabar tinggalkan larangan Allah. Apa yang Allah suka, kita lakukan. Apa yang Allah tidak suka, kita tinggalkan. Selepas itu berilah dia contoh bergantung pada apa yang dia lakukan. Dalam situasi di atas tadi, kita usap dadanya dan kataka

Tips Agar Anak Dengar Kata

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Masih dalam mood gembira hari ini. Saya nak kongsi dengan anda satu tips yang sangat bagus untuk kita amalkan. Lebih-lebih kepada anda yang bergelar ibu atau bapa. Setiap dari kita sebagai ibubapa inginkan anak-anak yang baik, yang soleh/solehah, yang pandai, yang mendengar kata, dan yang paling penting yang dekat dengan Allah. Bagi saya, itulah yang saya harapkan dari anak-anak saya. Tapi semuanya bermula dari diri kita sebagai ibubapa. Macam mana cara didikan kita, begitulah acuan yang anak-anak dapat. Oleh itu saya suka mencari petua-petua da tip-tip dalam membesarkan anak-anak. Antara petua yang saya dapat ialah petua agar anak mendengar kata ibubapa. Antara yang ditekankan ialah : 1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.  2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dar

Hari Pertama Memakai Cermin Mata

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu berehat, hari ini saya mulakan kembali dengan hobi menulis. Berehat dari segala aktiviti yang menggunakan komputer dan handphone. Bukan sebab apapun, cuma masalah mata. Maklumlah dah suku abad usia ni. Macam- macam masalah timbul. Semua nak kena servis. Hari ini bermulalah kehidupan berkacamata. Macam cikgu lagaknya. He he..Gelak tengok muka sendiri dicermin bila pakai cermin mata. Malu bukan main. Nak buat macam mana ini sahaja caranya nak bantu saya mudah buat aktiviti kesukaan. Kalau tidak menanggung sakit kepala sepanjang hari. Pesanan pada kawan-kawan kalau selisih dengan saya jangan pelik ye, saya masih sama macam dulu. Tegurlah, hailah, rupa saya je yang berubah. Zana tetap sama macam dulu, tak berubah pun.  Jumpa lagi. Wassalam.

Merawat Sakit Dengan Ayat Suci Al-Quran

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, hari ini rasa seperti dapat kekuatan semula. Lama benar saya tak jengah blog kesayangan ini. Almaklumlah, tak berapa sihat untuk beberapa ketika. Ujian demi ujian tanpa henti. Syukur pada Allah kerana kasih sayangnya padaku. Ujian buat diri ini semakin kuat. Walau pada hakikatnya seluruh badan kaki dan tangan terasa lemah.  Namun aku tidak akan berputus asa mencari jalan penyelesaian. Aku pasti setiap penyakit ada penawarnya. Hari ini berpeluang membuat scanning tanpa alatan  cangggih hospital, tapi menggunakan ayat suci al-Quran. Bukan kali pertama aku buat rawatan seperti ini. Ini merupakan ikhtiar aku yang ketiga.  Lain perawat ,lain caranya. Mudah-mudahan cara ini dapat aku pulih seperti sediakala. Doktor pun memberitahu mungkin berkaitan saraf, pakar refleksologi juga mengatakan perkara yang sama. Perawat hari ini mengatakan masalah saraf yang diganggu. Memang aku setuju, bila semua sudah kata masalah yang sama. Aku