Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Salam Jumaat semua. Nak update cerita apa agaknya ye hari ini. Tak ada apa yang menarik sangatlah. Cerita masak- masaklah.
Sambil menunggu sup ayam kampung empuk dagingnya, saya menulis entri sekejap. Sebenarnya saya baru lepas menggoogle petua nak empukkan daging. Dah lebih 2 jam daging ayam kampung masih keras.
Anak dah minta nak makan, sekejap lagi nak ke sekolah. Ada macam-macam petua, suruh letak panadol, daun betik, daun nangka. Mana nak dapat daun-daun tu. Yang panadol tak tergamak saya nak buat.
Saya buat yang paling mudah gunakan sudu camca besi tu. Alhamdulillah setengah jam selepas bubuh sudu dah lembut
ayam jantan kampung tu.
Inilah hasilnya sup ayam kampungku sudah siap dimasak. Dihidangkan dengan terung goreng cili padi. Berasap telinga dibuatnya. Tapi sodap kata orang negori, bertambah Danisha makan hari ini.

Terima kasih kepada ayah mertua yang memelihara ayam di kampung. Semua ayam-ayamnya sihat dan besar. Cukup makanlah katakan. Oleh kerana dah tak larat nak membela ayam lagi, ayah mertua suruh suami sembelih. Dapatlah kami 3 ekor ayam, suami sembelih masa cuti sekolah pertengahan tahun hari itu.
Oklah, saya nak tutup entri kali ini. Tengah fikir tajuk pulak dah. Dah dapat dah.
Jumpa lagi.
Moga Allah Sayang, Moga Allah Redha dan senyum selalu.
**************************************************************
Kepada pembaca blog yang budiman, nak bagi tahu, T-shirt Muslimah design baru dari Sinar Inspirasi Collections akan berada dipasaran tidak lama lagi.
Untuk lihat koleksi terbaru klik di sini >>>>
Comments
Post a Comment