Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Alhamdulillah, hari ini rasa seperti dapat kekuatan semula. Lama benar saya tak jengah blog kesayangan ini. Almaklumlah, tak berapa sihat untuk beberapa ketika. Ujian demi ujian tanpa henti. Syukur pada Allah kerana kasih sayangnya padaku.
Ujian buat diri ini semakin kuat. Walau pada hakikatnya seluruh badan kaki dan tangan terasa lemah.
Namun aku tidak akan berputus asa mencari jalan penyelesaian. Aku pasti setiap penyakit ada penawarnya.
Hari ini berpeluang membuat scanning tanpa alatan cangggih hospital, tapi menggunakan ayat suci al-Quran. Bukan kali pertama aku buat rawatan seperti ini. Ini merupakan ikhtiar aku yang ketiga.
Lain perawat ,lain caranya. Mudah-mudahan cara ini dapat aku pulih seperti sediakala.
Doktor pun memberitahu mungkin berkaitan saraf, pakar refleksologi juga mengatakan perkara yang sama. Perawat hari ini mengatakan masalah saraf yang diganggu. Memang aku setuju, bila semua sudah kata masalah yang sama.
Aku redha, dan tidak akan berputus asa untuk sembuh. Ayat suci al-Quran yang diberi akan dijadikan zikir. Setiap hari aku kena kuat dan yakin ayat suci al-Quran mampu menjadi penawar.
Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, minta tolong doakan saya supaya cepat sembuh.
Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha.
Ameen..

Menunggu giliran berjumpa perawat
Comments
Post a Comment