Skip to main content

Rumah Kita Taman Syurga Kita

Teks: Zanariah Kamal




Bismillah..

"Ummi, kakak nak rumah besar ada bilik cantik, ada pokok bunga, ada burung"

Inilah antara luahan hati Danisha bila tiap kali tengok umminya mengemas rumah. 

Alhamdulillah..syukur kita punya rumah. Ada orang tak de rumah Danisha..tak kisahlah rumah tu besar ke kecil ke..yang penting orang-orang dalam rumah tu semuanya solat 5 waktu, patuh perintah Allah dan pandai jaga kebersihan rumah...Kalau macam tu rumah yang sempit pun jadi lapang. Sebab apa? sebab Allah limpahkan keberkatan dan rahmatNya pada seluruh penghuni rumah tu...' Balas Ummi.

Danisha seorang yang cerewet dan juga boleh dikatakan pengkritik hebat dalam banyak perkara. Walau usianya baru 5 tahun, tapi otaknya ligat macam orang dewasa.

Walau apa pun kita harus bersyukur, walau rumah tak seluas atau besar macam rumah orang lain. Wahai anakku rumah yang kita ada ini, kita pelihara kebersihan dan kesuciannya.

Yang pertama : Pastikan rumah ini bersih dari segala perkara yang mensyirikkan Allah.

Yang kedua :Pastikan dalam rumah ini tiada yang sombong dengan Allah.Tak nak sujud kepada Allah. Memang Umminya pula ditugaskan untuk check anak yang belum solat. 

Yang ketiga : Pastikan rumah ini sering berkumandang dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Anak disuruh mengaji satu muka surat setiap kali lepas maghrib. Tiada alasan wajib buat.

Yang keempat : Pastikan rumah ini sentiasa bersih dan suci

InshaAllah rumah yang kecil pun boleh jadi seperti syurga kalau kita sentiasa ada rasa bersyukur.


Walau zahirnya kelihatan ummi cukup bahagia dengan apa yang ada menghias dan mengindahkan rumah kita, namun ketahuilah anak-anakku ummi sangat bimbang bagaimanakah nanti 'rumah' kita di sana...di akhirat. Sempit atau luaskah ia...wangi atau busukkah nanti. Panas atau sejukkah 'rumah' kita. Nikmat atau sengsarakah nanti kita? Ya Allah...itulah yang sangat ummi takuti....

Bila mengenang itu semua anak-anakku, ia mematikan keinginan dan nafsu yang berlebihan untuk menghias rumah kita di dunia.Pada ummi cukuplah segala kelengkapan dan hiasan yang ada di rumah kita ini ummi aturkan khas buat suami dan anak-anak ummi tercinta, agar kalian tenang, senang hati, selesa sepanjang berada di rumah kita ini. Bila mata disajikan dengan keindahan dan kekemasan di dalam rumah maka ummi yakin hati kita menjadi tenang. Dan ketenangan itulah yang kita cari dalam usaha kita untuk mengabdikan diri kepada Allah sepanjang hidup ini.

Tenang dalam beribadah..InshaaAllah tenang dalam kehidupan. Untuk jadikan rumahtangga taman syurga adalah ketenangan bukan kemewahan.

Sekadar berkongsi.
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :-) 

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b