Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tips untuk mengajar sikecil kita bersabar. Bagaimana agaknya ye, nak mengajar anak kecil supaya bersabar.
Pernah tak situasi begini terjadi dalam hidup anda.
Contohnya, jika anak kita tidak sabar mahu menonton kartun kegemarannya sedangkan kita pula sedang menonton rancangan keagamaan.
Agaknya apa yang kita akan cakap pada anak supaya sabar.
Sebenarnya sangat mudah, anda cuma perlu letakkan tangan kita di dada anak dan usap berkali- kali dan katakan padanya, "sabar.."
Selepas itu letakkan tangan sikecil anda di dadanya sendiri dan katakan "sabar.."
Kemudian katakan, "sabar itu bermakna, sabar untuk mengikuti semua perintah Allah dan sabar tinggalkan larangan Allah. Apa yang Allah suka, kita lakukan. Apa yang Allah tidak suka, kita tinggalkan. Selepas itu berilah dia contoh bergantung pada apa yang dia lakukan.
Dalam situasi di atas tadi, kita usap dadanya dan katakan ayat yang sama dan sambungkan dengan , " Allah suka kita tengok rancangan agama. Sabar sayang, kita buat apa yang Allah suka, ikut perintah Allah. Nanti Allah sayang."
Sekian, perkongsian untuk kali ini. Moga bermanfaat dan sama-sama kita praktikkan perkara ini pada anak kita.
Semoga Allah Sayang , Semoga Allah Redha

Comments
Post a Comment