Skip to main content

Projek Kemas Dan Deco Raya Rumahku Syurgaku

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..
Salam semua kepada pembaca blog Aspirasi Ummi. Selamat berhujung minggu. Minggu ini, terasa penat sangat. Boleh demam urat dibuatnya. Moga terus kuat dan sihatlah hendaknya.

Apa tidaknya, mengemas rumah macam nak pindah rumah. Bila dah selongkar semua barang macam tongkang pecah. Dengan anak-anak mengacau lagi. Kita nak buang dia nak main. Maklumlah lama tersorok mainan dia orang, sekali ternampak suka sakanlah.

Puasa dah nak dekat, jadi saya kemas dan buang apa yang tak perlu. Bulan puasa nanti saya nak rehat dan tumpukan ibadah saja.

Cadangnya, esok hari ahad nak mengecat rumah yang dah comot. 5 tahun sekali tukar cat dinding. Cat terakhir masa Danisha dalam perut lagi. Saya cat sorang diri. Sekarang Danisha sudah 5 tahun usianya. 

Pening juga kepala memikirkan warna cat. Berhari-hari membelek catalog. Akhirnya saya ambil keputusan nak cat warna putih dan pink cair. Sweet je warna dalam katalog tu. Dah kena kat dinding rumah tak taulah macam mana rupanya.

Semua barang, buku dah di pack dalam bag. Lebih sepuluh bag koleksi buku kami. Almari dah dikosongkan, esok senang sikit kerja-kerja mengalih dibuat.






Tak sabar nak deco rumah Ku syurga ku. Semoga berjalan lancar projek kami esok.

Jom deco raya.
Jumpa lagi. 


Comments

Popular posts from this blog

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai...