Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Tips Memilih Tudung

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Diharapkan semua dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa :)  Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips memilih tudung. Semoga dapat membantu anda memilih tudung yang sesuai dengan penampilan anda :)  Maklumlah hari raya dah tak lama lagi kan. Anda mesti sedang mencari- cari tudung yang sesuai untuk digayakan. Di sini ada beberapa tips yang boleh kita ikuti. • Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).  • Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.  • Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.  • Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.  • Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna

Duit Raya Raikan Kanak-Kanak Di Hari Raya

Taks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi peluang menghirup udara segar, menunaikan ibadah puasa. Kurang seminggu lagi kita akan menyambut aidil fitri.  Namun siapakah golongan yang paling gembira sekali dengan kedatangan Syawal? Semestinya kanak-kanak. Baju baharu, kasut baharu, makanan yang sedap-sedap belaka, bermain bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang paling tidak sabar ditunggu oleh kanak-kanak bahkan remaja ialah sesi mengutip duit raya. Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi di atas mereka sudahpun melalui zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan, malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu kampung hingga ke kampung lain untuk semata-mata mahu mengutip duit raya. Namun di kala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang ‘penuh rezeki’ buat si anak-anak, terdapat beberapa perkara yang mereka harus sentiasa ingat dan perlu dipantau oleh ibu bapa. 1. Sentias

Resepi Biskut Coklat Badam Sukatan Cawan

Bahan-bahan ( +-100 kping(saiz agk besar) ) 1 buku butter @ 1cawan majerin(250g) 1cawan mumbung gula icing(150g) @ 1cawan rata gula halus(130g) 2 biji kuning telur 3 cawan rata tepung gandum(300g) 1/2 cawan serbuk koko(50g) 3 sudu makan tepung jagung (jgn mumbung sangat) 1 sudu teh baking powder 1/2 cawan @ lebih badam cincang(lebih lg sedap) - dibakar 5-7 minit dgn suhu 100c.(setelah oven dipanaskn dulu) chocolate rice utk tabur & putih telur utk sapu Cara-cara putar butter & gula hingga sebati. masukkan kuning telur. putar 10 saat saja utk sebatikannya. ayak tepung2, serbuk koko & baking powder   campurkan tepung berselang seli dgn badam ke dalam adunan yg diputar td. uli perlahan hingga mnjadi 1 doh yg lembut. jika kurang, bleh tambah tepung gandum, tp jgn sampai ketat/keras.   gelek doh antara dua plastik, terap dgn acuan yg disukai. acuan hndaklah dicelup dlm tepung spaya mudah lekang.   susun biskut atas dulang yg tlah disapu butter/majerin. sapu atas biskut

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Teks:Zanariah Kamal Bismillah.. Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan be

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Nabi  sollallahu’alaihi wa sallam  pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu: 1. Udara dan suasana pagi yang tenang Ibnu Abbas  radliyallahu’anhu  berkata: Rasulullah  sollahu’alaihi wa salla m bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah”  (Hadist hasan) 2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya Dari Ubay bin Ka’ab  radliyallahu’anhu , bahwasanya Rasulullah  sollahu’alaihi wa sallam  bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang”  (HR Muslim) 3. Terkadang terbawa dalam mimpi Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum 4. Bulan nampak separuh bulatan Abu Hurairah  radliyallahu’anhu  pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah 

Resepi Biskut Kelapa Rangup

Bahan-Bahan: 250 gram mentega 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor 2 biji telur kuning 2 sudu teh pandan paste 1/2 sudu teh esen pandan 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus Kelapa kasar untuk hiasan Telur putih untuk hiasan Ceri merah untuk hiasan (optional) Coklat cair untuk hiasan (optional) Cara Penyediaan: Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung. Rehatkan doh selama 10-15 mini

Resepi Biskut Mellow Brownies

Bahan-bahan ( 20x20 cm ) 70g butter 130g gula halus 2 biji telur 100g tepung gandum 20g serbuk koko 55g walnuts- potong kecil-kecil 1 bar coklat Cara-cara 1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. 2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih. 3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang. 4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata. 5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit. 6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. 7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.

Rahsia Dan Kelebihan Malam 1 Syawal @ Malam Aidil Fitri

Teks: Zanariah Kamal Bismillah..perkongsian yang sangat bermanfaat. Saya dapat dari blog yang saya ikuti. Semoga dapat memberi kita kesedaran dan bersyukur. Terlalu banyak kebaikan yang terdapat dalam bulan ramadhan dan seterusnya malam 1 Syawal. Dari Ibnu Abbas r.a., beliau mendengar Rasulullah ï·º bersabda; “Sesungguhnya syurga itu wangi dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut bulan Ramadhan. Bila malam pertama pada bulan Ramadhan datang, maka akan bertiup angin dari bawah ‘Arsy, yang disebut angin ‘al-Mutsirah’. Maka daun-daun di pokok-pokok syurga bergesel, begitu juga daun-daun pintu sehingga menimbulkan dengungan suara yang sangat merdu yang belum pernah didengar oleh pendengar sebelumnya. Lalu muncullah para bidadari berdiri di halaman syurga, lalu mereka menyeru, “Adakah orang yang memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar Dia mengahwinkan Daku dengannya?” Lalu bidadari itu berkata, “Ya Ridwan (penjaga syurga), malam apakah ini?”Maka Ridwan menjawab mereka dengan talbiy

Muhasabah Diri

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur ke atas nikmat yang di beri. Mari berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk 19 ramadhan. Terlalu cepat masa berlalu. Leka dengan keduniaan dan harta sampai segala yang sepatutnya diberi kepentingan diketepikan. Dalam kepesatan dunia teknologi dan pembangunan dalam dunia moden terdapat beberapa pekara yang membuatkan manusia mendapat penyakit dengan mudah tanpa di sedari. Penyakit ini mungkin menjadikan manusia lebih pentingkan hal dunia  daripada di sana nanti. Astaghfirullah...banyak sungguh kelalaian yang kita lakukan. Apa yang saya kongsikan adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri. Selalulah kita bermuhasabah diri untuk menjadi yang terbaik.  1.Menunda-nunda Solat Abdullah (bin Mas'ud) r.a. berkata, "Saya bertanya kepada Nabi, 'Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?' (Dalam satu riwayat: y

Semperit Jadi Salju D'hatiku

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Alhamdulillah baru saje selesai membakar biskut. Menghabiskan adunan tepung semperit yang meragam. Dah tak tahu nak buat apa, saya menambah tepung gandum dan sedikit susu tepung ke dalam doh. Uli macam nak buat biskut tapi lebih keras dari tadi. Bukan apa senang nak canai. Oleh kerana takut melekat lagi saya bubuh kertas minyak pada dulang pembakar. Akhirnya biskut saya menjadi dengan cantiknya. Danisha tanya, apa nama kuih ini. Ummi tak jawab sebab belum ada nama lagi masa tu.:-) Jadi sekarang nama dah ada, tiba- tiba terlintas masa menaip. Namanya ialah Biskut Salju D'hatiku.

Semperit Hijau Ummi Yang Comel Lagi Manja

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Hari ini buat semperit dengan penuh semangat. Banyak tenaga digunakan untuk menekan tepung. Saya pun rasa teruja nak tunjuk anak balik dari sekolah nanti. Tangan sakit tak apa asalkan anak suka. Keluar saja dari oven dan biarkan sejuk sebentar. Hati riang tak terkira tengok warna hijau memikat. Tup tup semperit melekat pada dulang. APA lagi sesi menggodoklah.. Hancur semperitku, begitu juga hati Ku hancur. Penat sangat rasanya. Tak tahu mana silapnya. Inilah rupa semperit hijau Ku yang tak jadi. Kecewa terus stop. Tak mahu terap lagi. Simpan tepung tengah fikir nak buat apa dengan tepung ini. Masih lagi memikirkan biskut apa yang akan dibuat menggunakan adunan semperit tadi. Sekarang nak rehat sebentar menenangkan hati. Harap- harap adalah idea yang datang

Kerja Mendeko Rumah Dah Siap

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Bila masuk bulan ramadhan, suri sibuk pula memikirkan tentang persiapan menyambut raya. Lebih- lebih lagi dah nak hujung puasa maknanya raya dah dekat. Tidak kurang juga saya turut sama sibuk memikirkan semua tu. Baju melayu anak Alhamdulillah dah siap beli. Mujur ada terjumpa kedai yang memang menjual pakaian dengan harga murah. 4 hero saya sudah siap. Danisha baju kurung serta tudung. Mengemas rumah pun dah siap. Lega rasa hati bila proses mengecat pun dah beres. Saya rancang nak menambah koleksi biskut raya yang anak suka je selepas ini. Ummi dan ayah tak tukar baju, guna koleksi lama. Sebelum cat Selepas cat baru Syukur sangat ruang dah nampak luas. Tiada kabinet TV lagi, TV dah dilekatkan didinding. Rumah nampaklah kemas dan bersih dari sebelum ini. Rumah kecil ini banyak kenangan pada kami. InshaAllah kami selesa dan sentiasa menjadi rumah ini syurga buat kami sekeluarga. Sesiapa yang sudi nak datang beraya data

Buat Biskut Sarang Semut Ramadhan ke 15

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum..baru je sempat menulis blog. Sudah beberapa hari tiada internet. Jadi duduk diam tak boleh upda te blog. Hari ini nak tulislah takut nanti jadi lemau nak menulis. Hari ini dah habis 15 ramadhan kita berpuasa. Malam ke 16 kita bersolat terawih.  Siang tadi sempat buat biskut sarang semut. Anak-anak ambil bahagian menolong menyiapkan biskut. Nampaknya nak kena tambah lagi satu adunan. Tadi sempat buat 2 adunan saje sebab masing-masing dah penat. Maklumlah berpuasa kesian hero ummi. Waktu berbuka dah tinggal separuh biskut dimakan, anak-anak kata sedap sangat biskut ummi buat. Alhamdulillah, nanti ummi buat lagi :-)  Memang jimat bila buat sendiri biskut. Sebekas kalau beli ada 50 keping RM 22. Bila buat sendiri berganda- ganda jumlahnya dengan modal RM 22. Cuma kena luangkan sedikit masa dan tenaga. Esok nak buat biskut conflake badam. InshaAllah moga dipermudahkan  Allah urusan esok hari. Inilah hasil kerja hero- hero saya

Selamat Hari Lahir Puteri Ku..

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Selamat Hari Lahir puteri  kesayangan ummi..Izz Nur Danisha...5 tahun bermakna dirimu sudah mula belajar tentang kehidupan ..semoga kakak menjadi anak yang baik...jaga perilakumu...jaga pertuturanmu..jaga kelakuan mu..belajar rajin-rajin , pandai jaga diri. Ya Allah...Iz Nur Danisha menyambut kelahirannya yang ke-5 pada hari ini 8.7.2014 bersamaan 10 ramadhan. Kau berkatilah kehidupannya...Kau rahmatilah dirinya...jadikanlah dia seorang anak dan juga insan yang solehah dan bertakwa kepada Mu , baik dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya, guru-gurunya, sahabat - sahabatnya...Kau peliharalah maruah dan keindahannya sebagai seorang gadis. Kau kurniakan dia fikiran yang baik dan tajam dalam mencari ilmu...lapangkan dadanya menerima setiap ilmu yang dipelajari dan jadikanlah dia seorang pelajar yang cemerlang. Jaga dan bahagiakanlah dirinya Ya Allah...aku serahkan jiwanya untuk Mu...aammiinn...Ya Allah makbulkanlah doa seorang ibu yang senti

Menjadi Isteri Solehah Ialah Cita-Citaku

Teks: Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah. Sama-samalah kita semua panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana masih lagi mengurniakan kita rahmat dan nikmat yang tidak terhingga pada hari ini. Hari ke sepuluh ramadhan, puasa dan amalan masih lagi di KPI lama. InshaAllah sedang berusaha meningkatkan KPI. Hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang  ciri-ciri  seorang isteri solehah. Tak mengapa kalau panjang sikit. Semalam bincang dan sembang sebentar bersama suami. Dah 13 tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Setiap hari berdoa minta pada Allah nak jadi isteri solehah. Saje tanya soalan cepu emas pada cik abang , adakah saya ada ciri-ciri isteri solehah. Suami senyum je? Jawapan ada pada awak yang.  Apa lagi jom tengok cermin diri sendiri. Nampak tak diri kita? Baiklah.. sebelum entri ini bertukar isinya menjadi entri peribadi, lebih baik rasanya kalau saya teruskan dengan tajuk utama yang tengah duduk bersantai di atas sana. Dan sebelum itu,

Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

Teks: Zanariah Kamal Bismillah... Antara amalan untuk wanita ketika haid dalam bulan ramadhan. Tutup aurat . Menjaga batas pergaulan . Tidak memisahkan diri daripada Al-Quran, malah menyelami terjemahan dan tafsiran. Menghafal  hadith  dan mengenal isi & intipati hadith. Termasuklah hadith Qudsi. Membaca  buku-buku berkaitan sejarah sirah Nabi Muhammad SAW . Ex: Buku Fiqh Sirah by Syed Ramadhan Al-Buti.  Banyakkan  berzikir , bertasbih (Subhanallah),bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (La ila ha ilallah), bertakbir (Allahu Akbar) Membanyakkan  selawat  ke atas Nabi Muhammad. Banyak jenis selawat ada. Selawat ibrahimiah (iaitu selawat yang dibaca waktu tahiyat akhir), selawat syifa etc.  Memperbanyakkan  doa . Doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa memakai pakaian, etc. Membaca Al-quran dalam hati . Contohnya dah menghafal sesuatu surah, boleh dihafal dan diulang didalam hati. Menuntut ilmu , dengan cara mendengar majlis ilmu me