Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Alhamdulillah. Sama-samalah kita semua panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana masih lagi mengurniakan kita rahmat dan nikmat yang tidak terhingga pada hari ini. Hari ke sepuluh ramadhan, puasa dan amalan masih lagi di KPI lama. InshaAllah sedang berusaha meningkatkan KPI.
Hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang ciri-ciri seorang isteri solehah. Tak mengapa kalau panjang sikit. Semalam bincang dan sembang sebentar bersama suami. Dah 13 tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Setiap hari berdoa minta pada Allah nak jadi isteri solehah. Saje tanya soalan cepu emas pada cik abang , adakah saya ada ciri-ciri isteri solehah. Suami senyum je? Jawapan ada pada awak yang.
Apa lagi jom tengok cermin diri sendiri. Nampak tak diri kita?
Baiklah.. sebelum entri ini bertukar isinya menjadi entri peribadi, lebih baik rasanya kalau saya teruskan dengan tajuk utama yang tengah duduk bersantai di atas sana.
Baiklah.. sebelum entri ini bertukar isinya menjadi entri peribadi, lebih baik rasanya kalau saya teruskan dengan tajuk utama yang tengah duduk bersantai di atas sana.
Dan sebelum itu, ingin saya nyatakan bahawa sifat-sifat yang juga merupakan ciri-ciri seorang isteri yang solehah ini sangat-sangat banyak sebenarnya. Tapi hanya mampu aku muatkan sebahagian sahaja.
Semakin banyak sifat-sifat tersebut ada pada diri seseorang wanita itu, maka nilai kesolehannya akan semakin tinggi. Sebaliknya, makin kurang/sedikit sifat-sifat ini pada diri seseorang wanita itu, maka nilai kesolehannya juga akan semakin kurang. Sebahagian daripada sifat-sifat tersebut dengan tegas telah dijelaskan oleh ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW. Dan sebahagiannya adalah hasil daripada pendapat kita sendiri.
Ciri-ciri tersebut diantaranya:
- Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami jika diajak untuk berhubungan.
- Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- Tidak bermasam muka terhadap suami.
- Sentiasa berusaha memilih perkataan yang terbaik tatkala berbicara dengan suami.
- Keluar rumah hanya dengan izin suami.
- Berhias hanya untuk suami.
- Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami untuk masuk/bertamu ke dalam rumah.
- Menjaga waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
- Menghormati mertua serta kerabat keluarga suami.
- Berusaha menenangkan hati suami jika suami mempunyai masalah, bukan malah banyak menuntut kepada suami sehingga menambah beban suami.
- Segera minta maaf jika melakukan kesalahan kepada suami, dan tidak menunda-nundanya.
- Mencium tangan suami tatkala suami hendak bekerja atau pulang dari pekerjaan.
- Tidak menyebarkan rahsia keluarga terlebih lagi rahsia ranjang!!! Bahkan berusaha menutup aib-aib suami, serta memuji suami agar menambahkan rasa sayang dan cintanya.
- Tidak membentak atau mengeraskan suara di hadapan suami.
- Berusaha untuk bersifat qona'ah (merasa cukup) sehingga tidak banyak menuntut harta kepada suami.
- Tidak menunjukkan kesedihan tatkala suami sedang bergembira, dan sebaliknya tidak bergembira tatkala suami sedang bersedih. Akan tetapi berusaha untuk mengikut suasana hatinya.
- Tidak menceritakan kecantikan dan sifat-sifat wanita yang lain kepada suami yang boleh mengakibatkan suaminya boleh menggambarkan akan keadaan wanita tersebut.
- Berusaha menasihati suami dengan baik tatkala suami terjerumus dalam kemaksiatan. Bukan ikut terjerumus dalam melakukan kemaksiatan.
- Menjaga pandangannya sehingga berusaha tidak melihat kecuali ketampanan suaminya.
- Lebih suka menetap di rumah, dan tidak suka sering keluar rumah kecuali atas urusan-urusan tertentu
- Jika suami melakukan kesalahan maka tidak melupakan kebaikan-kebaikan suami selama ini. Bahkan sekali-kali tidak mengeluarkan perkataan yang mengisyaratkan akan hal ini. Kerana sebab terbesar yang menyebabkan para wanita dipanggang api neraka adalah tatkala suami berbuat kesalahan mereka melupakan dan mengingkari kebaikan-kebaikan suami mereka.
Akan tetapi jika ternyata kebanyakan sifat-sifat tersebut kosong dari diri. Maka hendaklah dia bermuhasabah dan berusaha memperbaiki dirinya. Ingatlah bahawa syurga kamu berada di bawah telapak kaki suami.
Sekian, sekadar renungan.
Semoga Allah Sayang , Semoga Allah Redha
Comments
Post a Comment