Skip to main content

Duit Raya Raikan Kanak-Kanak Di Hari Raya

Taks: Zanariah Kamal



Bismillah..
Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi peluang menghirup udara segar, menunaikan ibadah puasa. Kurang seminggu lagi kita akan menyambut aidil fitri. 
Namun siapakah golongan yang paling gembira sekali dengan kedatangan Syawal? Semestinya kanak-kanak. Baju baharu, kasut baharu, makanan yang sedap-sedap belaka, bermain bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang paling tidak sabar ditunggu oleh kanak-kanak bahkan remaja ialah sesi mengutip duit raya.
Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi di atas mereka sudahpun melalui zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan, malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu kampung hingga ke kampung lain untuk semata-mata mahu mengutip duit raya.
Namun di kala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang ‘penuh rezeki’ buat si anak-anak, terdapat beberapa perkara yang mereka harus sentiasa ingat dan perlu dipantau oleh ibu bapa.
1. Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas menerima pemberian tuan rumah/saudara-mara.
Perkara ini mungkin dilihat remeh, namun inilah sifat yang perlu sentiasa diingatkan kepada anak-anak supaya sentiasa berterima kasih tanda menghargai pemberian tuan rumah. Jangan lupa berikan senyuman kerana itulah tanda ikhlas kita ber'manis mulut' menyebutnya.
2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima.
Hal ini juga merupakan suatu perkara yang penting untuk dipantau, kerana ketika inilah masa yang terbaik untuk ibu bapa mendidik anak-anak erti bersyukur biar sebesar atau sekecil manapun duit raya diperolehi. Jangan biarkan mereka menarik muka atau bersungut apabila menerima sedikit sahaja duit raya, ingatkan mereka semua itu rezeki yang datang dari Allah s.w.t, dan kita haruslah redha dan bersyukur.
 3. Terus menyimpan sebaik sahaja menerima duit raya.
Ada ibu bapa yang mungkin sebaik sahaja anak-anak pulang ke rumah dari aktiviti 'meronda' atau sejurus menerima duit raya, meminta si anak menyerahkan duit terkumpul untuk disimpan. Ianya satu cara yang betul untuk mengelakkan anak membelanjakan wang tersebut sesuka hati, apatah lagi ketika inilah mereka berasa teruja dengan poket yang 'berisi'. Selain daripada itu, boleh juga membiarkan anak menyimpan wang  buat sementara waktu namun ajarlah mereka untuk mencatat wang terkumpul, dan tetapkan masa untuk membawa mereka menyimpan di bank, atau terus ke dalam tabung.
Satu cara lain ialah menetapkan peratus untuk disimpan terlebih dahulu, dan selebihnya barulah untuk dibelanjakan. Ianya satu cara yang baik untuk mengajar mereka mengurus kewangan secara berhemah.
(Ada juga yang memperuntukkan peratus untuk wang derma, juga cara terbaik mendidik anak dari sudut kedermawanan)
 4. Ingatkan anak-anak tujuan asal bertandang ialah ziarah-menziarahi.
Satu amalan yang baik yang kerap dilakukan di bulan yang mulia ini ialah saling ziarah-menziarahi. Selain dapat merapatkan tali persaudaraan, berziarah juga membawa rahmat kepada tuan rumah dan membawa keluar dosa ahli rumah. Malah, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah S.W.T. maka berserulah penyeru di langit, engkau telah melakukan kebaikan dan baik sungguh perjalananmu itu dan engkau telah menduduki tempat di dalam syurga”. (riwayat Imam Tarmizi)
Maka, ingatkanlah anak-anak untuk meletakkan niat berziarah di tempat yang utama untuk beroleh pahala berbanding duit raya sebagai satu perkara sampingan. Berziarah juga perlu mengikut adab, seperti berziarah di masa yang sesuai dan tidak menganggu tuan rumah, tidak berbual terlalu lama, serta tidak merungut jika terdapat kekurangan yang tidak mampu disediakan tuan rumah. Ia sebenarnya bukan sahaja peringatan untuk anak-anak, namun untuk kita bersama.
5. Bersederhana dalam merayakan Hari Raya dengan bersyukur berbanding mereka yang tidak bernasib baik.
Paling penting sekali, di saat-saat kebahagiaan hari raya,sebenarnya ada insan di luar sana yang menyambut lebaran dalam keadaan daif, sedih atau huru-hara. Bagi anak-anak yatim, mereka menyambut tanpa ibu bapa atau keluarga. Begitu juga yang miskin, tiada baju baharu atau makanan yang lazat. Jika di Palestin, Mesir, Syria dan sebahagian tempat lain, hari raya disambut dalam keadaan yang  tidak menentu dan penuh ketakutan.
Oleh itu, ingatkan anak-anak dan diri  supaya sentiasa bersyukur kerana masih berada dalam keamanan dan kesejahteraan, dan besederhana yakni tidak telalu alpa menyambut hari raya. Di samping itu, jangan lupa kirimkan doa buat mereka yang tidak bernasib baik di bulan yang mulia ini.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b