Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Belajar Menahan Marah iaitu Sabar

Teks : Zanariah Kamal Berbicara tentang sabar, ia sering dikatakan sebagai satu sifat yang mudah disebut, payah untuk dilaksanakan. Ada benarnya, kerana kesabaran mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Maka itulah jelas kedudukan seseorang di sisi Allah, dan hampirnya seseorang hamba itu dengan Tuhannya adalah dengan menerusi nilai kesabaran yang ditunjukkan dengan akhlaknya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153] Melihat kepada ujian samada ianya sebagai musibah atau nikmat bergantung dengan bagaimana  kita melihat dan menerima kesusahan atau kemudahan itu. Seseorang yang sabar dan beriman akan melihat setiap ujian itu dengan bersangka baik terhadap Allah SWT yang mahukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya sesuai dengan sifatnya Ar Rahman dan Ar Rahim. Hanya dengan iman da

Aktiviti Santai Mengeratkan Hubungan Dan Merangsang Minda Anak

Teks: Zanariah kamal Foto : hiasan Bismillah.. Alhamdulillah.. Masih lagi berkesempatan menulis di blog ini. Jam menunjukkan 9.00 malam, anak- anak masih aktif belum nampak lagi mereka nak tidur. Biasanya bila ada masa terluang, kami akan adakan aktiviti santai. Aktiviti untuk membuka minda anak. Di rumah kami jarang menonton, kecuali jika ada cerita filem vcd baru. Kami tak galakkan anak menonton. Kami lebih suka bersembang, bermain, bergurau dengan anak- anak. Pada malam ni masing-masing mencari idea nak mengenakan semua orang dalam rumah. Ayah, ummi dan anak- anak diberi peluang berfikir satu teka- teki. Memang kelakar habis. Hilang stress sekejap. Berguling- guling anak ketawa, saya dan suami menahan je geli hati. Bukan apa, bila dengar teka- teki anak yang direka cipta secara sepontan.  Yang seronoknya ummi punya teka- teki tak seorang pun yang dapat jawab. Seronok tengok mereka kalah.  Ummi pulak dapat je jawab teka- teki anak. Kelakar sungguh bila masing- masing

Ujian Kecil Untuk Kami Sekeluarga

Teks: Zanariah Kamal Foto: koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum, moga hari ini lebih baik dari semalam. Lemparkanlah senyuman walau dihati kita sedang bersedih. Sebarkanlah kasih sayang di dalam rumah tangga. Ceriakanlah hari kita dengan perkara positif dan tindakan positif. Berbahagialah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Janganlah mengeluh atas kekurangan. Sentiasalah bersikap lapang dada dan selalu bersyukur. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang berbakti pada ahli keluarga. Sumbangan yang kecil tapi ikhlas. Niatkan setiap apa yang ingin dilakukan hanya kerana Allah. Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka.  Anakanda Afiq masih lagi bercuti. Tidak dapat ke sekolah, kerana kakinya belum pulih. Pengalaman menjaga dan mer

Cuti- Cuti Balik Kampung

Tek: Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan pada kami. Nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat kebahagian dan bermacam- macam nikmat. Cuti Tahun Baru Cina 2015, kami berpeluang pulang ke kampung halaman. Manfaatkan masa cuti yang ada dengan pelbagai aktiviti yang diatur. Berpeluang berjumpa emak dan abah. Menghadiri majlis pernikahan anak sedara suami,  kakcik nama glamor. Petang hari Khamis 19bh Feb , suami bawa window shopping di AEON Ayer Keroh. Memang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Sejak meninggalkan Melaka, kami tidak berpeluang ke sana. Teringat masa Afiq kecil, di situlah kami bawanya jalan- jalan dan makan- makan.  Sebenarnya, suami ada hajat bawa kami ke sana. Nak celebrate birthday anak-anak yang lahir pada bulan Januari. Kami sempat bergambar, disebabkan terlalu lama menunggu order. Maklumlah hari cuti, ramai yang makan di luar. Anak- anak p

Resepi Kuih Apam Gula Melaka

Teks : Zanariah Kamal   Bismillah.. Salam sejahtera, salam ceria. Kepada anda yang sudi menjadi tetamu blog ini. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Dah lama sebenarnya niat nak buat apam gula merah ni atau gula melaka. Kuih apam ni adalah salah satu makanan kegemaran saya selain roti dan kek.  Walaupun mudah nak buat, tapi kadang-kadang ada saja halangan yang membantutkan projek memasak ni. Tapi kali ini saya tak fikir lama, terus minta anakanda Harraz belikan kelapa parut untuk buat hiasan. Kepada anda yang nak cuba buat, silalah ikut resepi di bawah. Resepi ini pun saya dapat dari bantuan google. Dulu ada juga belajar dengan emak, tapi dah tak berapa ingat sukatan. Walau bagaimanapun jangan bimbang pasti menjadi. Insya Allah. Bahan A   1/2 cwn gula merah* 1/2 cwn gula pasir* 2 cwn air* 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan) Bahan B 11gm yis mauripan 1/2 cwn air suam 1 sudu kecil gulahalus Bahan C 4 cwn tepung gandum secubit garam

Peluang mendidik anak hanya sekali, manfaatkan peluang yang ada!

Teks ; Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Foto ini dirakam waktu petang di Pelabuhan Kelang Bersedia menaiki bot untuk memancing Bismillah.. Assalamualaikum.. Seperti biasa saya masih lagi mencari formula atau tips-tips terbaik untuk anak-anak. Peluang mendidik anak sekali sahaja. Saya tidak mahu terlepas peluang, kalau boleh kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak. Baru-baru ini terkeluar kisah anak cemerlang yang gagal dalam hidup.Hidupnya hancur kerana tekanan hidup yang mendesak. Ibu bapa mana yang tidak ingin lihat anak berjaya. Kejayaan bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi agama dan kehidupan yang sejahtera. Inilah cita-cita kami sejak anak sulong masih dalam kandungan. Sekarang masa terlalu cepat berlalu sedar tak sedar anak dah 5 orang. Semuanya meningkat besar dan remaja. Ramai juga ibu bapa yang menghadapi masalah dalam menangani karenah anak-anak dalam persekolahan dan pembelajar

Rajin Lawan Malas!

Teks :Zanariah Kamal Foto : Hiasan google Bismillah.. Assalamualaikum.  Cerita tentang "rajin vs malas". Kadang-kadang mood rajin tu hilang tiba-tiba. Ada waktu terajin sangat. Sampai terlupa nak berehat. Sedar-sedar badan sakit-sakit sebab buat kerja tanpa henti. Tapi bila penyakit M... datang. Tunggang langgang rumah. Kalau nak berjaya orang kata kena usaha. Tak kiralah apa pun yang kita hendak kecapi. Kunci utama "kejayaan" ialah usaha. Jangan mimpi untuk menjengah kejayaan kalau hilang "kerajinan" dalam kamus kehidupan kita. Sebelum datang rajin, ia mestilah didahului dengan faktor pengurusan masa yang betul. Ia salah satu cara untuk memangkinkan sikap rajin itu sendiri.  Walaupun kita sudah maju dengan pelbagai teknologi, tetapi ramai juga yang jadi malas dan tidak bijak mengurus masa. Bukan nak cakap sesiapa pun. Pandangan dan pengalaman diri sendiri saja. Sebab terlalu banyak perkara kita ketinggalan kerana culas dan kurang bijak mengu