Skip to main content

Resepi Kuih Apam Gula Melaka

Teks : Zanariah Kamal

 Photobucket

Bismillah..

Salam sejahtera, salam ceria. Kepada anda yang sudi menjadi tetamu blog ini. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Dah lama sebenarnya niat nak buat apam gula merah ni atau gula melaka. Kuih apam ni adalah salah satu makanan kegemaran saya selain roti dan kek. 

Walaupun mudah nak buat, tapi kadang-kadang ada saja halangan yang membantutkan projek memasak ni. Tapi kali ini saya tak fikir lama, terus minta anakanda Harraz belikan kelapa parut untuk buat hiasan. Kepada anda yang nak cuba buat, silalah ikut resepi di bawah. Resepi ini pun saya dapat dari bantuan google. Dulu ada juga belajar dengan emak, tapi dah tak berapa ingat sukatan. Walau bagaimanapun jangan bimbang pasti menjadi. Insya Allah.

Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b