Teks: Zanariah Kamal
Foto: koleksi peribadi
Bismillah..
Assalamualaikum, moga hari ini lebih baik dari semalam. Lemparkanlah senyuman walau dihati kita sedang bersedih. Sebarkanlah kasih sayang di dalam rumah tangga. Ceriakanlah hari kita dengan perkara positif dan tindakan positif.
Berbahagialah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Janganlah mengeluh atas kekurangan. Sentiasalah bersikap lapang dada dan selalu bersyukur.
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang berbakti pada ahli keluarga. Sumbangan yang kecil tapi ikhlas. Niatkan setiap apa yang ingin dilakukan hanya kerana Allah.
Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka.
Anakanda Afiq masih lagi bercuti. Tidak dapat ke sekolah, kerana kakinya belum pulih. Pengalaman menjaga dan merawat luka yang kecil tapi cukup menguji.
Ummi doakan anakanda Afiq cepat sembuh dan boleh ke sekolah semula. Rasanya dua minggu tidak cukup untuk luka baik sempurna.
Hari pertama mendapat rawatan di PPUM @ 16/2/2015
Selepas kaki kanannya terselit diroda motor ketika pulang dari asrama.
Pengalaman dan pengajaran, ummi tak akan benarkan ayah ambil anak dengan motor lagi. Ummi redha, semoga abang long cepat sembuh.
Hari ke 9
Dalam bilik cuci hari ke 3
Adik- adik yang setia menemani abang cuci luka JPL Jasin
semoga cepat sembuh hendak nya
ReplyDeleteMudah- mudahan dengan izin Allah.. Terima kasih pn Kuazue Mohd
ReplyDelete