Skip to main content

Aktiviti Santai Mengeratkan Hubungan Dan Merangsang Minda Anak

Teks: Zanariah kamal
Foto : hiasan



Bismillah..
Alhamdulillah.. Masih lagi berkesempatan menulis di blog ini. Jam menunjukkan 9.00 malam, anak- anak masih aktif belum nampak lagi mereka nak tidur.

Biasanya bila ada masa terluang, kami akan adakan aktiviti santai. Aktiviti untuk membuka minda anak. Di rumah kami jarang menonton, kecuali jika ada cerita filem vcd baru. Kami tak galakkan anak menonton.

Kami lebih suka bersembang, bermain, bergurau dengan anak- anak. Pada malam ni masing-masing mencari idea nak mengenakan semua orang dalam rumah. Ayah, ummi dan anak- anak diberi peluang berfikir satu teka- teki. Memang kelakar habis. Hilang stress sekejap. Berguling- guling anak ketawa, saya dan suami menahan je geli hati. Bukan apa, bila dengar teka- teki anak yang direka cipta secara sepontan. 

Yang seronoknya ummi punya teka- teki tak seorang pun yang dapat jawab. Seronok tengok mereka kalah. 

Ummi pulak dapat je jawab teka- teki anak. Kelakar sungguh bila masing- masing tak puas hati bila ummi menang.

Selain berteka- teki, kami selalu berbalas pantun. Tak kisahlah pantun jenis apa. Anak-anak diberi peluang berpantun. Dalam pantun kami selitkan soalan. Sesi berbalas pantun paling seronok. 

Kadang- kadang dalam kereta pun sempat berpantun. Hilang mengantuk jika berjalan jauh. 

Selain dari itu, kami suka juga buat teka bunyi. Ayah bunyikan suara binatang, anak- anak meneka. Kami tak pernah tawarkan hadiah pada pemenang. Tapi kami akan bagi anak makan makanan kegemaran yang mereka suka tapi jarang dapat, seperti ais krim. Memang seronok, bukan setakat terhibur anak- anak lebih bijak berfikir.

Yang paling seronok, bila Fayyadh yang berumur 3 tahun pun nak bagi bunyi untuk kita teka. Layankan ajelah. Tak boleh digambarkan perasaan kita, bila lihat anak ceria, berani mengeluarkan idea. 

Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak- anak seperti menyambung perkataan.

Contoh:

Ayah kata bu ku

Anak akan sambung ku dengan suku kata lain jadi perkataan

Ku da

Da hi

Hi tam

Jawapan mestilah spontan dan cepat. Selalunya mereka berebut- rebut nak jawab. Mungkin nak tunjuk yang mereka pandai.

Sekadar berkongsi, moga bermanfaat kepada anda dalam mencari idea mengeratkan hubungan dengan anak. Kami dah lakukan aktiviti ini sejak anakanda Afiq masih kecil. Alhamdulillah, anak gembira ceria, ummi ayah hilang stress.

Comments

Popular posts from this blog

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai...