Skip to main content

Rajin Lawan Malas!

Teks :Zanariah Kamal
Foto : Hiasan google

Bismillah..
Assalamualaikum. 

Cerita tentang "rajin vs malas". Kadang-kadang mood rajin tu hilang tiba-tiba. Ada waktu terajin sangat. Sampai terlupa nak berehat. Sedar-sedar badan sakit-sakit sebab buat kerja tanpa henti. Tapi bila penyakit M... datang. Tunggang langgang rumah.

Kalau nak berjaya orang kata kena usaha. Tak kiralah apa pun yang kita hendak kecapi. Kunci utama "kejayaan" ialah usaha. Jangan mimpi untuk menjengah kejayaan kalau hilang "kerajinan" dalam kamus kehidupan kita.

Sebelum datang rajin, ia mestilah didahului dengan faktor pengurusan masa yang betul. Ia salah satu cara untuk memangkinkan sikap rajin itu sendiri. 

Walaupun kita sudah maju dengan pelbagai teknologi, tetapi ramai juga yang jadi malas dan tidak bijak mengurus masa. Bukan nak cakap sesiapa pun. Pandangan dan pengalaman diri sendiri saja. Sebab terlalu banyak perkara kita ketinggalan kerana culas dan kurang bijak mengurus peluang dalam kehidupan.

Sungguh menginsafkan, sesekali ditegur suami kadang-kadang sibuk dengan handpone, membalas whatsaap, masuk group yang tidak berfaedah. Mahukan anak-anak hebat dan rapat dengan ibu bapa, tetapi setiap waktu anak-anak disajikan dengan makanan segera. Dengan alasan anak akan berselera jika dengan makanan itu. Bila masa akan dapat hasil anak nak rapat dengan ibunya?

Peringatan buat diri saya juga. Bukan tidak boleh membeli makanan siap dari restoren tetapi berpadalah.

Pupuk dahulu rajin dalam diri. Pasti usaha ini boleh dilakukan. Seorang ibu yang bijak, pasti bijak juga mengurus waktunya, Tak perlu setiap masa ke dapur. Masaklah makanan ringkas yang boleh dimakan untuk 2 kali.

Kemudahan teknologi banyak membantu memudahkan urusan kita sebenarnya. Yang penting rajin dan pandai membahagi masa.

Bab mengemas rumah pula, kalau kita tidak sungguh-sungguh untuk dapatkan hasilnya takkan berjaya. Boleh jadi stress dibuatnya. Biasakan kerja menyambil tetapi selesai. Sebagai contoh, sebaik anak tidur, kita boleh melipat kain baju, menyapu sampah dan banyak lagi urusan rumah boleh dibuat. Jangan jadikan tabiat, anak tidur kita pun lena sekali.

Buat suami yang bijaksana, sama-samalah memupuk kerajinan dalam membantu isteri. Isteri juga akan rasa lebih dihargai apabila suami rajin membantu tanpa diminta-minta.

Anak-anak juga akan terpupuk motivasi dan semangat dalam diri mereka apabila mempunyai ayah dan ibu yang rajin dan saling bantu-membantu dalam menguruskan rumah. Sewaktu anak masih kecil mereka harus didedahkan dengan sikap rajin, 

InsyaAllah apabila mereka dewasa, rajin itu menjadi satu amalan. Jika mahu sihat, cantik bergaya, rumah teratur dan anak-anak cerdik jangan lupa petuanya , RAJIN.

Comments

  1. Nice entri! :) jom cuci mata sekejap. sekali sekala shopping kat sini :D http://lunafashop.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi baca entri saya :-) Pn Zahra Syuhanna insyaAllah saya jengah ye blog puan nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b