Teks ; Zanariah Kamal
Foto : Koleksi peribadi
Bismillah..
Assalamualaikum..
Seperti biasa saya masih lagi mencari formula atau tips-tips terbaik untuk anak-anak. Peluang mendidik anak sekali sahaja. Saya tidak mahu terlepas peluang, kalau boleh kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.
Baru-baru ini terkeluar kisah anak cemerlang yang gagal dalam hidup.Hidupnya hancur kerana tekanan hidup yang mendesak. Ibu bapa mana yang tidak ingin lihat anak berjaya. Kejayaan bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi agama dan kehidupan yang sejahtera. Inilah cita-cita kami sejak anak sulong masih dalam kandungan. Sekarang masa terlalu cepat berlalu sedar tak sedar anak dah 5 orang. Semuanya meningkat besar dan remaja.
Ramai juga ibu bapa yang menghadapi masalah dalam menangani karenah anak-anak dalam persekolahan dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab kita dalam membimbing anak mengikut acuan tertentu untuk berjaya. Sepanjang hidup inilah satu-satunya tugas paling penting yang telah diamanahkan kepada kita.
Ingatlah, sekali sahaja peluang kita mendidik anak sementara mereka masih bersama kita. Masa berjalan dengan pantas dan anak kita membesar dengan cepat. Masih terngiang-ngiang lagi suara tangisan anak sulong yang suka menangis. Orang kata sawan tangis. Alamdulillah umur setahun 2 bulan berhenti menangis.
Sekarang sudah pun tinggal berasingan kerana kami hantar ke asrama. Setiap minggu kami menjengah Afiq di asrama. Setiap kali kami bersua dalam linangan air mata. Mungkin anakanda Afiq terlalu rindukan kami , adik-adiknya, masakan umminya dan makanan kegemaran.
Minggu lepas, dari mula sampai kami nak balik air mata Afiq mencurah-curah. Saya dapat mengawalnya. Tapi dalam perjalanan saya pula yang terlebih-lebih menangis.
Sekarang tinggallah adik-adiknya. Saya giat mencari formula untuk bantu anak dalam pelajaran. Mendisiplinkan mereka, satu perkara yang mencabar. Semua berlainan watak, kegemaran dan segalanya berbeza.
Hanya satu saje yang sama dan sekepala mereka ni pandai memujuk dan merayu. Lebih- lebih lagi bila nakkan sesuatu. Sangat teliti, berpakat baik bersatu hati bila mereka nakkan sesuatu.
Baru-baru ni, mereka nak memancing. Pujuk rayu, berhari- hari ulang sebut nak suruh bawa memancing. Akhirnya pergilah mereka bersama ayahnya. Tapi dengan syarat tertentu.
Alhamdulillah, mereka faham syarat tu dan berkesan. Syaratnya mudah saje, solat tanpa disuruh.
Moralnya di sini, kami tidak memberi apa yang anak minta sesuka hati. Semuanya bersyarat.
Foto : Koleksi peribadi
Foto ini dirakam waktu petang di Pelabuhan Kelang
Bersedia menaiki bot untuk memancing

Comments
Post a Comment