Skip to main content

Cuti- Cuti Balik Kampung

Tek: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi peribadi

Bismillah..
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan pada kami. Nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat kebahagian dan bermacam- macam nikmat.

Cuti Tahun Baru Cina 2015, kami berpeluang pulang ke kampung halaman. Manfaatkan masa cuti yang ada dengan pelbagai aktiviti yang diatur. Berpeluang berjumpa emak dan abah. Menghadiri majlis pernikahan anak sedara suami,  kakcik nama glamor.

Petang hari Khamis 19bh Feb , suami bawa window shopping di AEON Ayer Keroh. Memang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Sejak meninggalkan Melaka, kami tidak berpeluang ke sana. Teringat masa Afiq kecil, di situlah kami bawanya jalan- jalan dan makan- makan. 

Sebenarnya, suami ada hajat bawa kami ke sana. Nak celebrate birthday anak-anak yang lahir pada bulan Januari. Kami sempat bergambar, disebabkan terlalu lama menunggu order. Maklumlah hari cuti, ramai yang makan di luar. Anak- anak pilih restoren Nando's.


Gambar di bawah ini, dirakam pada esok harinya. Ketika hari merewang dan majlis akad nikah. Pelamin direka sendiri oleh pengantin dan kakak kembarnya. Semangat gotong royong dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi menjayakan majlis perkahwinan. Ibu saudara, sepupu sepapat dengan ikhlas menghulurkan bantuan.



Inilah hasil idea kreatif anak sedara



Sekitar majlis pernikahan. Dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin.




Alhamdullilah, kakcik selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Sahlan. Sama cantik sama padan. Selamat pengantin baru kakcik dan Sahlan moga kekal bahagia hingga ke jannah. Bersedialah menghadapi segala cabaran dalam melayari bahtera rumah tangga.



Gambar kenangan dengan pengantin. Terasa kami pulak yang jadi pengantin. 






Comments

Popular posts from this blog

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai...