Nak Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini rasa tersangat bahagia sebab suami tawar diri untuk jaga Fayyadh. Pagi-pagi lagi suami cakap dalam bahasa omputeh dengan saya supaya anak-anak yang lain tak faham.
"Yang.. tak mahu pergi ke Pesta Buku di PWTC" saya kata nak sangat sebab nak cari buku dan majalah kegemaran.

Rupa-rupanya Abang Long faham apa yang kami bincangkan. Terus menyampuk, katanya nak ikut juga. Ummi dan ayah nak pergi "Book Fair" kan? Abang nak juga ikut.

Nak ikut boleh, tapi kena siapkan "homework" dulu. Dah siap baru boleh fikir nak pergi pukul berapa dan naik apa.

Suami nak ajak anak-anak naik LRT, jalan-jalan KL hari ini. Lepas tu katanya nak "reward" Abang Long sebab peningkatan prestasi dalam akademik Penggal Pertama. Dan lagi satu sebab nak raikan Abang Long atas perlantikan Penolong Pengawas Sekolah 2014. Abang Long minta nak makan di restoren Nando's atau Kenny Rogers Roasters. Huh! Citarasa Abang Long memang macam ni sejak kecil.

Ayahnya kata tak apa dengan syarat belajar rajin-rajin dan tingkatkan lagi prestasi di sekolah.

Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan pada hari ini. Rasanya lautan manusia di PWTC. Tak tahulah masa bila yang sesuai. Mungkin sebelah petang kami ke sana.

Jom siap-siap apa yang patut sebelum ke sana. Bawa bekalan air secukupnya dan biskut ke apa yang sesuai. Sebab makanan yang dijual di sana tersangatlah mahal.

Jumpa di sana.

 

Comments

  1. nanti jika dah pergi cerita ya... dah hampir dua tahun tak pergi.. tak larat nak harung ummat dan tersesak kat dalam tu lelaki perempuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. Saya akan kongsikan pengalaman dalam entri akan datang.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts