Wednesday, 16 April 2014

Tips Didik Anak Perempuan Dalam Berpakaian

Teks : Zanariah Kamal
Foto Hiasan : Google

 

Bismillah..
Assalammualaikum. Jumpa lagi kita ye. Hari ini nak sambung cerita bagaimana mendidik anak perempuan kita dalam berpakaian. Semua ibu-ibu ada anak perempuan kan, rasa susahkan nak bentuk imej mereka. Termasuklah saya, takkan kita hendak hentam keromo je bagi anak kita pakai. Nanti yang tanggung dosa kita juga. Sebab tak tunjuk cara yang betul pada anak sejak kecil. 

Realitinya memang sukar untuk mendidik anak perempuan sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk menutup aurat. Sebagai ibu bapa sewajarnya kita memiliki etika tertentu dalam mendidik mereka berpakaian menurut syariat. Saya pun bukan seorang yang pandai juga bukan ustazah. Tapi ia lahir dari naluri saya sebagai seorang ibu.

Apa yang saya rasa patut saya akan lakukan. Antara yang mungkin boleh jadi panduan bersama antaranya :

1.  Dalam membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat tetapi diri mestilah kemas dan bersih serta sesuai dengan keadaan sekeliling. Anak boleh memilih fesyen harian mereka. Di rumah macam ini, di luar rumah macam mana. Semuanya ikut kesesuian.

2.  Anak-anak diajar supaya pandai memadan pakaian dan menggosok pakaian mereka. Selalunya baju yang senang kedut, supaya nampak kemas walaupun di dalam rumah. 

3.  Apabila keluar rumah, ada etika pakaian yang harus dipatuhi. Yang ini anak yang kecil akan ikut, tapi bila dah bujang tak mau ikut dah. Anak perempuan saya galakkan pakai tudung, tapi tidak wajib lagi sekarang ni umur baru 5 tahun. Saya dah pesan siap-siap dengan anak perempuan umur 9 tahun wajib pakai tudung. Alhamdulillah dia faham. Mudah-mudahan Allah buka hatinya menutup aurat sampai bila-bila.

4. Seluar dan skirt mesti labuh dan mencecah buku lali. Yang pendek hanya dipakai di dalam rumah dan berlegging. Tangan pendek juga hanya di dalam rumah. Sesekali ada juga terlepas keluar maklumlah kecil lagi. 

5.  Saya ajar anak saya lakukan 'spa' termasuk anak lelaki. Dibuat dirumah sahaja lakukan aktiviti ini bersama anak-anak yang masihh kecil supaya badan mereka bersih dan tidak berbau. Ajar buat 'facial', urut dan lulur. Macam pelik bunyinye, saya bagi peluang anak-anak menggunakan koleksi mandian dan syampoo saya.

Inilah sahaja catatan ringkas cara saya ajar anak-anak berhias dan berfesyen. Semoga bermanfaat buat anda. Jangan marah kalau anak nak mencuba koleksi kita biarkan sahaja. Sebab saya lebih suka anak saya wangi dan kemas.

Semoga Allah Sayang. Senyuman itu sedekah.

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...