Sunday, 27 April 2014

Perjalanan Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014

Tek : Zanariah Kamal

Bismillah.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini saya menyiapkan kerja-kerja mengemas rumah dan memasak dengan cepat. Sebab tak sabar nak belek buku-buku yang saya beli semalam.

Anda dah pergi PBAKL ke belum? Pergilah bagi yang belum pergi. Bawa anak-anak, mereka pasti gembira.

Ini kisah semalam, perjalanan kami dan anak-anak memang mengujakan. Tapi bukan saya, anak-anak saje yang teruja. Kami pergi ke PWTC menaiki LRT dari Stesen Universiti. Kami jadi perhatian sebab apa pun kami tak tahu.

Mungkin riuh rendah suara anak kami yang bertanya itu ini. Keterujaan mereka tanpa pedulikan penumpang lain. Ini kali pertama bagi anak-anak menaiki LRT. Kali ke tiga saya sebagai penumpang.

Bermula dari mula membeli tiket untuk dapat coin palstik hingga naik ke atas gerabak. Semuanya perkara baru bagi anak-anak.

Perjalanan mengambil masa setangah jam untuk sampai di PWTC. Dari rumah pukul 5:00 petang tiba jam 6:00 petang. Kami bawa makanan dan minuman dari rumah. Kami tak mahu terjadi seperti tahun-tahun yang lepas. Anak menangis kelaparan, menuggu giliran untuk membeli terlalu lama sebab ramai orang. Dan lagi satu harga makanan yang dijual sangat mahal bagi kami.

Ini gambar semasa di dalam LRT


Kami turun di Stesen Masjid Jamek Kuala Lumpur. Bertukar keretapi menuju ke PWTC. Di dalam ini kami berjalan kaki mengambil masa 15 minit menuju ke tempat menunggu. 
Di sini kami masih bertenaga. 


Akhirnya kami sampai juga destinasi. Anak-anak terus menjamu mata di gerai pertama pintu masuk. Berhenti di situ memberi peluang pada anak-anak memilih buku kegemaran. Apa lagi kalau bukan komik Sains Pasukan X-venture.

Pilihlah! Pilihlah! Fayyadh pun tak mahu lepas menggenggam buku. Ayah belanja siapa tak suka.


Buku anak-anak dah dapat, giliran saya merayau pula. Anak-anak di jaga oleh suami di lobi PWTC. Lalu lalang orang ramai tidak dihiraukan. Yang penting sudah dapat buku sorang sebuah. Fayyadh dah dapat belon. Oklah tu , kanak-kanak dapat benda macam tu sukalah. Sambil menikmati bekalan yang di bawa jam menunjukkan pukul 7:30. Berehat dan solat Maghrib.

Saya meneruskan pusingan mencari gerai PTS, Galeri Ilmu, dan Karangkraf. Danisha dari tadi asyik merengek nak balik. Ambil keputusan meninggalkan PWTC jam 9:00 malam. Gerai yang saya nak pergi masih belum jumpa. Tak mengapalah saya membeli apa yang terjumpa sahaja. Sampai tempat menunggu, rupanya suami lagi banyak membeli dari saya. Orang lelaki, boleh je tinggalkan Fayyadh dengan abangnya. Kalau saya tak buat macam tu, tak berani sebab ramai orang. Takut apa-apa terjadi.


Ini sahaja catatan perjalan kami ke PWTC. Pesta Buku Antara Bangsa 2014. Anak-anak kami yang besar nak pergi lagi. Danisha tak mahu pergi dah. Penat katanya rasa nak tidur. Pasal itu kakak menangis tadi mama. Oh begitulah kisahnya. Lain kali tak mahu bawa Danisha lagilah, banyak ragam.

Walau apa pun syukur sebab dapat pergi dan suami dengan rela hati jaga anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...