Tips Menjadi Ibu Hebat

Teks : Zanariah Kamal

Bismillah.

Assalamualaikum.
Jumpa lagi. Apa khabar semua? Hari itu saya janji nak kongsikan bagaimana untuk menjadi ibu hebat.

Sekarang inilah dia antara tip-tips yang akan saya kongsikan dan boleh kita lakukan bersama.

Antaranya :
  • Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.
  • Jangan lupa banyakkan berdoa. Kerana doa adalah senjata orang mukmin dan Allah suka umatnya berdoa dan memohon kepada-Nya yang disertai usaha sehabis mungkin.
  • Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya.
  • Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama.
  • Kuat berusha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu bapa.
  • Kita adalah contoh yang paling hampir dimata anak-anak. Oleh itu sentiasalah pamer dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak.
  • Disiplin dan berprinsip teguh dalam melakukan tanggungjawab terutama tentang batas syariat.
  • Sentiasa memberi teladang yang baik. Dan berakhlak luhur.
  • Banyakkan bersyukur dengan nikmat dan dugaan Allah.
  • Akhir sekali sabar dan redhalah di atas jalan dan takdir yang Allah tentukan.
Sekian, untuk catatan hari ini. Semoga bermanfaat.

Semoga Allah Sayang.


 

Comments

Popular Posts