Thursday, 10 April 2014

Pakai Baju Pun Ada Warna Mengikut Hari


Teks : Zanariah Kamal

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang barakah dan salam ceria. Penghulu segala hari. Jom banyakkan berselawat. Dan jangan lupa habiskan baca surah al-Kahfi ye. Moga hari ini dipenuhi dengan keberkatan untuk kita dan keluarga tersayang. 

Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang pemilihan WARNA pakaian mengikut hari. Info ni saya dapat dari majalah Harmoni. Memang sangat menarik dan boleh dipratikkan terutamanya untuk wanita. Kalau lelaki nak cuba pun tak salah. Ok jom kita lihat apa warna yang sesuai untuk hari ini?


Isnin ( PUTIH ) 


Pilih pakaian berasaskan warna putih kerana ia mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari Isnin. biasanya hari Isnin menjadi hari yang agak suram dan agak bosan untuk ke tempat kerja. Jadi, pilih pakaian berasaskan putih namun tidak perlulah segala-galanya berwarna putih. Cukuplah kalau ada warna putih menjadi warna asas pa
da hari itu!

Selasa ( MERAH JAMBU ) 










Ia adalah warna yang lembut, romantis dan menyegarkan.
 Ini kerana pada hari Selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainya. jadi, warna seperti merah jambu bukan sahaja mempunyai aura yang romantis tetapi mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda!

Rabu ( BIRU )  










Biru juga adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi... ia memberi kesan terhadap komunikasi yang baik kepada individu berkenaan. Maknanya, segala-galanya akan berjalan lancar kerana hubungan komunikasi anda agak baik pada hari itu!

Khamis ( KUNING atau JINGGA )
  









Ia adalah kategori warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita. ia menjadi wanita lebih mengoda dan sesuai untuk para isteri memberi signal yang baik pada para suami di malam Jumaat! 

Jumaat ( HIJAU ) 

Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja... pilihan warna hijau memberi satu sentuhan yang cukup baik untuk wanita terutama di hari mulia umat Islam!

Sabtu ( MERAH )  
Hari untuk enjoy bersama rakan mahupun keluarga. Penat bekerja, inilah masa untuk bersantai dan berhibur. Pilihan warna merah pasti menyemarakkan mood di malam minggu dan pastinya lebih hot!

Ahad ( HITAM ) 
Seperti mana putih, hitam juga ada azimatnya. Ia mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda. Ia ibarat anda mengecas semula tenaga anda untuk memulakan hari baru anda pada minggu berikutnya. Selain elegan, hitam mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya!

Terdapat tujuh warna yang mempunyai frekuensi aura sepanjang minggu! Jangan biar hidup kita bosan tanpa warna tetapi pilih warna yang mempunyai maksud tersirat. Ini kerana terdapat tujuh gelombang warna yang berada di sekeliling kita. Jadi, kita perlu memilih warna mengikut frekuensi yang sama pada hari berkenaan! Jika hari ini anda tidak mengenakan hijau, tak mengapa esok atau lusa boleh cuba memakai pakaian ikut warna ye.

Sangat menarik, jadi bolehlah kita cuba esok dengan memakai baju berwarna MERAH biar semua dalam rumah warna merah. Suami dan anak-anak pakai sedondon. Warnai hari anda.

Sekadar perkongsian, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...