Monday, 19 May 2014

Anak Amanah Allah

 Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..

Karenah anak ada 1001 macam. Ibu mana yang tak pening kepala. Ada yang sampai migrain memikirkan karenah anak.

Ada yang suka bergaduh, membuat bising, buli adik, susah mandi, kalau mandi susah nak keluar dari bilik air, ada anak yang kuat makan asyik nak lebih. Semua ini dah ditempuhi.

Cuma sebagai ibu kena tahu macam mana nak menguruskan anak-anak yang banyak karenah. Nak cerita pengalaman saya memang banyak. Sejak dari anak pertama lahir saya dah hadapi karenah.

Masa itu barulah saya tahu tak mudah rupanya bergelar ibu. Status saya sebagai ibu bermula pada 5 Jan 2002. Ketika itu anak sulung yang dinantikan lahir ke dunia dengan rasa syukur dan gembira. Gembira yang tidak terucap dengan kata-kata. Kelahiran anak sulung dengan bersalin secara normal. Menahan sakit bersalin selama 36 jam selepas di "induce". Terpaksa induce sebab pergerakan baby lemah.

Bermulalah episod sebagai ibu. Anak pertama saya ni kuat menangis, tak suka minum, sehingga umur 1 tahun 2 bulan baru hilang. Orang kata sawan tangis. Masa tu dah rasa cabaran dengan tak cukup tidur, ulang alik ke klinik, bidan, ustaz. Pantang entah kemana. Buat macam orang sihat sebab kehulu ke hilir bawa anak yang menangis tak berhenti selama 4 jam. Berlaku selang sehari. Sampaikan bunyi cicak pun tak boleh dengar.

Disebabkan kurang menyusu Afiq kelihatan kecil tubuhnya berbanding adiknya Haziq.

Allah bagi ujian pada saya. Dalam hati yang tak sekuat mana cuba juga hadapi hari-hari dengan tekanan. Di tempat kerja asyik memikirkan anak di rumah macam mana, nangis ke tidak. Pada masa tu suami tinggal di KL. Lagilah berat rasa bebanan jaga anak seorang di Kampung. Mujur emak sihat Dan muda lagi masa tu. Emak yang banyak jaga Afiq.

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu, hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar. (Al- Anfal 8:28).

Alhamdulillah, sekarang usia Afiq dah 12 tahun. Akan menduduki Upsr tak lama lagi. Segala kenangan membesarkan setiap anak tidak akan saya lupakan. Tersangat indah.

InshaAllah saya akan mendidik anak-anak dengan ajaran agama kerana menunaikan amanah Allah.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha.



No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...