Pulut Kuning

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..

Alhamdulillah semalam 16 Mei Jumaat, sampai juga hajat saya nak buat pulut kuning.

Tapi pulut kuning saya tak buat pun. Saya tempah dari kawan. 5 kilo pulut dan 3 kilo daging untuk buat rendang. Alhamdulillah habis sudah diagihkan pada anak-anak mengaji al-Quran di rumah Kak Faridah.

Sempena Afiq dah khatam baca al- Quran dan Harraz naik Al-Quran. Takde buat majlis besar-besaran pun. Cukup dengan pulut kuning tanda syukur.


Comments

Popular Posts