Majlis Sukan Tahunan Tadika Islam MAIWP Di INTAN 2014

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..

Hari ini terasa penat sangat. Baru balik dari INTAN memeriahkan hari sukan tahunan Tadika Islam MAIWP Zon Bangsar.

Bukan buat apa pun, mendukung Fayyad yang tak mahu berjalan. Fayyadh geli pijak rumput yang basah dan berlumpur. Padang bola, tahu jelah bila disirami hujan dan dilanyak orang.

Acara sukan berjalan dengan lancar sebaik sahaja hujan berhenti. Pelbagai aktiviti yang diadakan. Guru-guru terlibat sangat bersemangat dan dedikasi dalam menjayakan majlis. Hujan turun agak lebat juga  merasmikan hari sukan pagi tadi.

Anak-anak tadika kelihatan resah dan menunggu dengan sabar sementara giliran masing-masing tiba.

Majlis sukan dijangka tamat jam 2 petang. Kami minta izin guru untuk membawa pulang awal. Selepas acara Danisha berakhir iaitu lari membawa bola.

Rezeki Danisha tiada, mendapat tempat terakhir bagi pasukan rumah merah. Tak mengapa kesungguhan mereka bersama anak-anak yang lain membuat saya kagum.

Terdapat lebih kurang 800 anak-anak tadika. Ada 4 pasukan Merah, Biru, Kuning Dan Hijau.

Danisha memakai baju merah. Tema merah berani yang hot.

Kami meninggalkan padang jam 11.30 pagi. Acara masih lagi berjalan. Harap pasukan merah dapat merangkul banyak hadiah.

Kami terpaksa balik awal sebab nak hantar anak-anak yang lain ke sekolah, ada sekolah ganti.





Ini sahaja gambar yang dapat saya rakam kerana keterbatasan ruang dan masa.

Moga dimasa akan datang aktiviti sukan seperti ini dapat diadakan lagi. Harap sekolah Tadika Islam Masjid Al-Khadijah menang banyak acara.


Comments

Popular Posts