Monday, 26 May 2014

Didik Anak Dengan Kasih Sayang



Teks: Zanariah Kamal


Bismillah..

Tugas mendidik dan membesarkan anak memang satu tanggungjawab ibubapa. Pilihlah untuk mendidik dengan kasih sayang. Walau bagaimana susahnya menahan sabar dengan karenah masing-masing.

Dari anak nombor 1 hingga nombor 5, semuanya berbeza watak. Makin lama saya sedar anak kita membesar dalam keadaan yang jauh berbeza berbanding kita dulu.

Anak kita menerima pelbagai tekanan daripada teman sebaya dan perseketikaran. Janganlah pula kita tambah lagi dengan cara kita didik yang salah. Buang cara herdik dan leter, supaya anak lebih menghormati.

Kesimpulannya cara mendidik dengan kasih sayang lebih baik dari pada cara mengherdik. Kalau tak mahu anak kita berpura-pura baik depan kita, cepat-cepat berubah untuk jangka masa panjang. Bila anak sudah berjauh hati dengan kita masa itulah kita nak pujuk sedangkan hati anak dah tercalar dengan sikap kita.

Moga Allah Sayang, Moga Allah Redha






No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...