Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Resepi Puding Kastad Berkuah

Bahan untuk puding 1 cwn tepung tepung karstard saya pakai jenama karstard bird's 4 cwn air 1/2 cwn gula Di masak atas api yg sederhana besar ..kacau sehigga likat Dah likat..letak dalam acuan ataupun gelas,nak letak dalam loyang kemudian di potong2 pun boleh je Kuah 1 tin susu cair 1 tin buah2an dlm tin 11/2 tin air masak (sukat guna tin susu cair td) 4 sudu makan gula pasir 1 sudu teh esen vanilla jika suka Semua bahan kuah di masak dgn api yg kecil sahaja ..sekadar utk melarutkan gula pasir tadi Last sekali masukkan buah2an dlm tin sekali dgn airnya. Soap bolehlah dihidangkan..

Resepi Cream Puff Inti Kastad Sukatan Cawan

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalammualaikum.. Nak kongsi resepi cream puff inti kastad.. Gara- gara terkenang masa makan di rumah kakak ipar tempohari. Anak- anak memang suka. Jadi ummi mencari resepi dengan bantuan cik google. Memang sedaplah. Bukan anak je yang suka ummi pun suka. Insha Allah esok nak buat sikit. Kebetulan ada jiran nak datang jadi bolehlah jamu dengan cream puff ummi. Takkan nak jamu kuih raya je kot.. Sekurangnya adalah kuih untuk minum petang ye tak. Resepinya nampak mudah. Dah buat baru tahu.  Bahan-bahan Untuk Doh  3 cawan air  1 1/2 cawan mentega /marjerin 3 cawan tepung gandum secubit garam  7biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Bahan-bahan Sos kastard 1 cawan susu cair / susu tepung 3 sudu besar tepung kastard 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan gula makan 2 sudu planta Cara-cara Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api. kemudian masukkan tepung gandum

Roti Cheese Berinti Daging

Teks : Zanariah Kamal   A   Bismillah.. Sedapnye, jom buat. Bahan : Utk Inti: 300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) 2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu 2 sudu besar serbuk kari 1/4 cawan air 1 helai daun limau purut ~ dihiris halus 1 biji cili merah ~ dihiris halus sedikit garam dan gula minyak 12kpg roti 3 biji telur 200ml susu fresh daun saderi ~ dihiris 8 kpg slice cheese cheddar cheese ~ diparut Cara: Utk membuat inti Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang layu dan masukkan rempah kari. Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa Goreng hingga kering dan padamkan api. Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk. Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju: Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn b

Bubur Sepuluh..Resepi Bubur Asyura

Teks: Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi bubur asyura terhangit sikit..tapi sedap!!!! Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum Lama rasanya tak menulis di blog tempat mencari rezeki ku ini. Mana menghilang? Sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Membuat kertas kerja untuk projek baru. Moga dipermudahkan segala urusan. 2 hari lepas saya ada buat sedikit bubur. Bubur Asyura namanya. Memang sudah lama tak buat bubur kegemaran suami. Kebetulan 10 Muharam hari tu hari Assyura saya pun buatkan juga untuk suami tersayang. Alhamdulillah dapat juga bagi jiran-jiran merasa. Sibuk punya pasal bubur tu terhangit sikit. Ingatkan tak ada orang yang suka. Rupanya habis, suami kata sedaplah, hangit-hangit ni biasalah. Di masjid pun rasa macam ni. Saya tak berapa suka makan bubur. Jadinya tak selalulah membuat bubur, kecuali jika ada permintaan. Ada juga yang bertanya resepi. Resepi simple sahaja kalau nak ikut cara saya senang sahaja. Bahan-bahan asas untuk bubur asyura  2 cawan b

Ummi Dan Ayah Sentiasa Menjadi Pendorong Anak-anak

Teks : Zanariah Kamal   Bismillahirahmannirahim.. Dah nak hujung-hujung sesi persekolahan nampaknya makin sibuk pulak ibu ayah. Mana tidaknya anak yang bersekolah 4 orang. Sekolah dah panggil ambil report card. Yang tadika pula dengan hari graduasinya. Belum selesai lagi proses pertukaran sekolah anak. Terkejar-kejar dibuatnya. Tak tahulah cikgu nak kata apa anak kita. ada peningkatan ke, banyak main dalam kelas ke, melawan cikgu ke kita tak tahu. Saya dah cuba menjadi ibu yang baik dan memberi tunjuk ajar apa yang saya tahudan termampu. Saya bukanlah ibu yang pandai, sekolah pun tak tinggi mana. Tapi teringin nak anak berjaya dalam hidup dan apa jua bidang yang ceburi nanti. Bukan saja berjaya di dunia bahkan nak mereka berjaya di akhirat. Kadang-kadang saya geram dengan segelintir masyarakat yang apabila nampak kita risau tentang pencapaian anak, mereka mencelah dan mematikan semangat kita dengan kata-kata sinis bukan kata-kata galakkan. Bagi mereka apa ada dengan A, A tida

Kek Planta Kukus Coklat

Teks : Zanariah Kamal Foto : Dari Group MAHN Resepi : Dari Group MAHN   Resepinya saya ambil dari Group MAHN saya simpan dan olah dalam blog ini . Terima kasih tuan empunya resepi. Bahan2 1cwn gula 1cwn mentega (sy guna mentega daisy) 4bji telur 1 1/2cwn tepung gndum 1sudu kecil soda bikarbonat Cara2 Telur,gula dan mentega dipukul atau boleh juga kalau nak senang blender saja Bila dah sebati letak dalam bekas masukkan tepung gndum dan soda bikarbonat.. kacau lagi sampai sebati.. kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian 1adunan letak serbuk koko dan tambah susu cair sikit satu adunan lagi biar asli kemudian  masukkan dalam acuan atau loyang kukus 25-30mnit..siap!!

Resepi Sambal Belacan Sedap

Teks : Zanariah Kamal   Assalamualaikum.. Selamat petang dan selamat beristirehat. Wah macam best je kan nampak berselera tengok gambar sambal belacan ni. Nak kongsi sikit resepi sambal belacan sedap ni. Bahan2  cili besar 3 biji, cili kecil 7 biji, belacan seketul duit syiling 50 sen (bakar /goreng sekejap) limau nipis 2 hiris, asam jawa besar ibu jari. garam secukup rasa    Caranya: Tumbuk lumat cili merah besar dan belacan, kemudian cili hijau. Bila dah lumat perahkan asam limau, dan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam.  Itu sahaja dan boleh dihidangkan..Jangan lupa keluarkan sambal belacan dari lesung..

Resepi Asam Pedas Melaka Memang Meletop

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim.. Dah masak ke belum suri sekelian. Hari ni saya nak kongsi resepi asam pedas Melaka. Siapa yang suka asam pedas tu boleh mencuba buatnya sendiri. Masak dengan ikhlas ye. Kalau diberi resepi lazat macam mana sekalipun mesti kena ikhlas. Dengan rasa cinta nak beri anak dan suami makan. Resepinya Ikan tenggiri 5 keping ( atau apa saja jenis ikan ikut suka) Bahan kisar 3 biji bwg merah 2 ulas bwg putih 10 biji cili kering 1/2inci halia 1 st jintan manis 1 st jintan putih 1/2 inci kunyit hidup Belacan Bahan tumis 1/2 biji bwg besar -hiris 1/4 st biji sawi 1/4 st halba 2 tangkai daun kari 1 btg serai -diketuk 1/2 kuntum bunga kantan Air asam jawa 1 cawan 1 biji tomato belah 4 5 batang bendi Garam &perasa secukupnya Cara... Tumis bahan tumis, bunga kantan dan serai sehingga naik bau Kemudian masukkan bahan kisar..goreng hingga naik minyak...lama dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak berkerak da

Nasi Lemak Wak Leman Terbaik!!

Teks : Zanariah Kamal   Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan masa mencatat rasa hati di sini. Meninggalkan coretan sebagai kenangan. Terima kasih kepada anda yang sudi singgah blog saya yang tak sebarapa ini. Hari ini  suami membawa pulang 3 bungkus nasi lemak.  Saya tak perlu tanya nasi lemak siapa ni. Tengok bungkusan saja saya dah tahu, ini nasi lemak Wak Leman. Wak Leman ialah salah seorang kawan baik suami.Tinggal di Shah Alam. Sejak menjadi vendor di Fakulti Kejuruteraan orang yang paling rapat dengan suami ialah Wak Leman. Mereka berdua ni memang rapat. Alhamdulillah dipertemukan dengan Wak Leman. Mungkin rezeki kami.  Kenapa saya kata rezeki kami. Melalui beliau suami terus dan kekal dengan bisnes yang kami lakukan sekarang. Nama suami sudah sebati di Fakulti Kejuruteraan. Rezeki kami tidak putus, ada sahaja projek di situ. Hubungan suami dengan Wak Leman ni macam bapa dengan anak kalau di lihat dari segi usia. Tapi atas urusan

Nak Buat Langsir Eyelet Untuk Rumah Baru

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kami baru saja selesai makan tengahari. Hari ini kami makan spagheti. Masak simple-simple sahaja. Kebetulan badan tak berapa enak. Yang penting anak suka sudah. En suami saja yang tak lalu makan spageti. Tekak orang Melayu tulen. Dah duduk Itali pun tak mau mencuba spagheti sedap ni. Tapi kalau pizza jangan cakap. Memang berselera.  Takpelah biarkan saja. Disebabkan tak lama lagi dah nak berpindah, saya mencari idea untuk datang mood di rumah baru. Rumah teres yang belum renovate apa-apa. Pening juga memikirkan nak ceriakan rumah tu nanti. Hari ini mula menggoogle untuk mencari idea. Saya rasa macam nak tukar langsir. Nak mencuba langsir eyelet pulak. Nak buat pun senang. Bila lagi nak tunjuk bakat menjahit langsir. Modal untuk yuran kelas menjahit langsir dulu pun belum dapat balik. Rasa macam nak menjahit semula pulak dah. Tapi mampukah buat kerja dengan mesin jahit comel SINGER tu yang tersan

Adik rasa sedihlah Ummi!!

Teks : Zanariah Kamal Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara segar. Meneruskan kehidupan dalam meniti dan mencari keredhaan Ilahi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hari Jumaat yang barokah perbanyakkan sedekah, selawat ke atas nabi Muhammad SAW dan berdoa. Mana tau semua hajat dan doa kita akan dimakbulkan. Tinggal 2 minggu lagi anak-anak akan menghabiskan sesi persekolahan 2015. Terasa cepat sangat masa berlalu. Ini bermakna kami masa untuk kami meninggalkan rumah ini sudah hampir tiba. Allahu tak terbayang bagaimana agaknya bila saya nak berjumpa dengan kawan dan jiran nak ucapkan selamat tinggal pada mereka. Mampukah saya nak menahan air mata dari tertumpah depan mereka semua. Sememangnya saya ni memang mudah menangis.  Cerita pasal anak pulak. Ini kisah semalam. Seperti biasa bila anak balik dari sekolah ummi akan tengok riak wajah anak- anak. Sebab ummi nak tahu apa yang berlaku sepanjang

Mencari Ketenangan.. Bagaimana caranya?

Teks : Zanariah Kamal Bismillah... Assalamualaikum.. Buat anda yang sedang membaca blog ini diucapkan terima kasih. Didoakan anda sentiasa gembira dan dalam keadaan yang tenang. Petang-petang ni rasa tergugat sikit ketenangan. Sudah 3 hari anak tak dapat hadir ke sekolah sebab jerebu teruk. Makluman terkini esok hari Khamis bersamaan 22 Oktober juga akan bercuti. Jerebu yang melanda negara kita masih belum nampak berkurangan. IPU sekarang dalam keadaan yang tidak sihat.  Apa yang meragut ketenangan kita hari ini. Mungkin disebabkan jerebu, masalah nak-anak, jiran-jiran, pekerjaan dan macam-macam lagi. Dengan fenomena sekarang ni, bimbang anak kecil yang lemah antibodinya, menghirup udara yang tidak sihat. Allah nak menguji hambanya memandang fenomena ini sebagai satu peringatan. Supaya kita semua bersatu-padu berdoa sungguh-sungguh minta jerebu ini pulih sedia kala.  Saya tak mahu cerita panjang, marilah kita bersama-sama mencari ketenangan hati dengan formula-for

Selamat Menduduki Peperiksaan UPKK 2015 Haziq...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Gambar Anakanda Afiq ketika Majlis Graduasi Dan Kecemerlangan 2014 Anakanda Haziq dan Harazz di KG Jawa Melaka Bismillah, salam Isnin yang ceria. Moga hari ini hari yang lebih istimewa untuk kita. Segala perbuatan kita dan ucapan kita sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Buang sikap ego, buang sikap negatif, buang sikap mahu mencari kehebatan diri, buang sikap mahu mencari kelemahan orang lain. Sentiasalah basahlah lidah dengan zikir dan istighfar. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Aamin. Sebelum saya berleter macam ustazah, saya sebenarnya nak mengucapkan selamat menduduki UPKK buat anakanda Haziq. Hari ini kertas ke 2. Sebenarnya dah bermula pada Khamis lalu.  Tarikh sebenarnya 5hb Oktober 2015. Tapi disebabkan masalah jerebu yang melanda negara kita pada tahap yang tidak sihat, semua sekolah di arahkan tutup. Jadi 8hb Oktober 2015 anakanda Haziq menjawab kertas Lughatul Quran (bahasa Arab) Ummi doa

Resepi Puding Karamel Mudah Dan Sedap

Teks : Zanariah Kamal Foto :Koleksi peribadi Bismillahirahmannirahim.. Alhamdulillah, syukur hari ini dapat lagi berkumpul dengan anak-anak. Anakanda Afiq dapat pelepasan keluar asrama untuk membuat kerja Folio Sejarah. Seperti biasa saya akan mencari idea kudapan untuk anak-anak masa cuti supaya mereka gembira. Saya akui anak-anak saya suka makan dan kuat makan sekarang ni. Apa sahaja yang saya buat pasti habis.  Hari ini saya buat puding karamel. Agak menjadi jugaklah.. Kalau dulu kalau buat asyik terkeras dan menggerutu. Alhamdulillah hari ini menjadi. Seperti biasa nak kongsi resepi mudah  Bahan-bahan 5 biji telur gred A 4 sudu susu pekat manis ( bancuh dengan segelas air sejuk) sedikit esen vanila Bahan Untuk karamel 3 sudu besar gula 5 sudu air ( masak atas api perlahan hingga bertukar gelap warna gula) sudah siap tuangkan ke dlam loyang dan ratakan. Biarkan ke tepi Masa untuk sediakan bahan puding Pukul telur dengan perlahan jangan sampai kembang. M

Menilai Anak...

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi   Bismillah. Alhamdulillah syukur dapat lagi bersiaran di alam maya. Kita baru sahaja menyambut hari raya aidil adha. Daging korban masih lagi segar belum sempat di masak. Saya simpan baik-baik dalam peti supaya ada masa boleh masak untuk keluarga. Hari ini nak bercerita  tentang anak. Sebagai ibu, saya terlalu mengharap agar anak mendengar kata. Kadang-kadang teruji bila anak kita sudah pandai menjawab dan ingin menegakkan pendapatnya.  Anakanda Haziq akan menduduki peperiksaan UPKK pada 5hb Oktober. Saya selalu bising dengan Haziq. Kadang-kadang sikapnya membuat hati saya kurang sabar. Kuat bermain, dan terlalu leka dengan gadget. Ibu mana yang boleh sabar bila cakap kita tak di endah. Kadang-kadang ada juga terlepas cakap dengan membuat perbandingan Haziq dan abangnya Afiq. Saya tahu Haziq tidak suka. Maafkan ummi Haziq, ummi inginkan yan terbaik darai Haziq. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai ibu kita hany

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku ( Ruang Tamu)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillah.. Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ini. Masih lagi dalam mood mencari ilham deko rumah. Hasil carian saya jumpa contoh gambar hiasan deko yang menarik hati saya. Sebagai inspirasi saya simpan di blog untuk tatapan saya dan anda yang mungkin juga sedang mencari idea. Di bawah ini antara deko untuk ruang tamu yang kecil seperti rumah pangsa atau teres yang keluasan untuk ruang tamu agak kecil.. Jemput cuci mata ye.. yang dah dapat idea dan konsep bolehlah mencuba sekarang.   Yang dah

Hiasan Deko Rumah Idaman Ku (Ruang Makan)

Teks : Zanariah Kamal Foto : FB Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum, kepada yang sudi singgah di blog ini, terima kasih di ucapkan. Inilah blog tempat saya berkongsi rasa. Hari ini, macam biasalah tak de plan ke mana- mana. Hanya duduk di rumah melayan karenah anak-anak. Siap masak dan mengemas rumah ajar anak kecil saya membaca. Dah siap semua tu giliran saya pula menjengah fb dan blog kesukaan. Minggu ni saya sibuk memikirkan nak mendeko rumah comel saya di Melaka. Teruja juga nak ada rumah comel idaman hati. Semalam ralit tengok fb terjumpa gambar hiasan deko dari ruang makan, ruang tamu dan dapur. Semuanya saya suka. Sebelum tidur, membayangkan saya akan dapat apa yang saya nak. Insha Allah, kalau kita positif , pasang niat ada usaha lambat atau cepat kita akan dapat apa yang kita impikan. Ini antara impian saya... Tengok dulu ye gambar- gambar yang pasti memukau anda semua. Saya dah simpan lama dah hasrat nak mendeko rumah seperti ini. Insha Allah bila dah berpi