Skip to main content

Posts

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

Resepi kuih koci labu paling ohsem!

Teks: Zanariah kamal Foto : koleksi peribadi Bismillah,.. Alhamdulillah.. Semangat untuk kongsi resepi lagi. Buat tatapan anak ummi Danisha suatu hari bila sudah besar. Kuih koci labu memang kegemaran semua dalam rumah ni. Agak leceh nak menyediakan tapi rasanya sungguh enak dan memikat. Sekeping dua tu celah gigi je. Sorang pasti akan ambil 5 keping atau lebih untuk makan. kuih koci labu yang mak buat ni selalu mendapat sambutan memang ohsem. Untuk resepi kuih koci labu yang ohsem di sini saya tunjukkan cara. Dah lama berguru  dengan emak baru sekarang berkesempatan  nak cuba buat. Walau apa pun dah selamat mencuba. BAHAN2 UNTUK DOH:- 250 g tepung pulut 2 cawan pes labu ( rebus dan blend labu) 1 1/2 cawan air BAHAN2 UNTUK INTI:- 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua) 1 ketul gula Melaka 1 cawan gula pasir 2 helai daun pandan, disimpul 1/2 cawan air BAHAN2 LAIN:- Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inc...

Tips Didik Anak Menghargai Pemberian

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi permata hati umi ayah yang selalu menghiburkan Bismillah.. Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menulis. Kali ini saya suka nak kongsi tentang anak. Mengapa agaknya anak. Sebab hidup saya dikelilingi anak-anak. Aktiviti harian dari pagi hingga malam pun bersama anak. Masa yang terluang banyak dah tak tahu apa nak buat di rumah, mulalah menulis blog. Ingat ye, saya bukan nak cari publisiti atau glamor, sekadar berkongsi cerita dan apa saja yang baik di sini. Alhamdulillah, dengan berblog masa saya terisi.  Mukadimah sudah terlalu panjang, sebenarnya saya nak kongsi tips bagaimana nak buat anak-anak kita menghargai apa saja pemberian kita pada mereka. Saya pasti semua ibu bapa suka memberi hadiah kepada anak, dan anak pula tidak tahu menghargai hadiah tersebut. Contohnya, anak kecil baru saja dibelikan anak patung atau mainan. Biasalah anak kecil memang suka bila dapat yang baru dan akan main sekejap ...

Belajar Menahan Marah iaitu Sabar

Teks : Zanariah Kamal Berbicara tentang sabar, ia sering dikatakan sebagai satu sifat yang mudah disebut, payah untuk dilaksanakan. Ada benarnya, kerana kesabaran mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Maka itulah jelas kedudukan seseorang di sisi Allah, dan hampirnya seseorang hamba itu dengan Tuhannya adalah dengan menerusi nilai kesabaran yang ditunjukkan dengan akhlaknya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153] Melihat kepada ujian samada ianya sebagai musibah atau nikmat bergantung dengan bagaimana  kita melihat dan menerima kesusahan atau kemudahan itu. Seseorang yang sabar dan beriman akan melihat setiap ujian itu dengan bersangka baik terhadap Allah SWT yang mahukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya sesuai dengan sifatnya Ar Rahman dan Ar Rahim. Hanya dengan ima...

Aktiviti Santai Mengeratkan Hubungan Dan Merangsang Minda Anak

Teks: Zanariah kamal Foto : hiasan Bismillah.. Alhamdulillah.. Masih lagi berkesempatan menulis di blog ini. Jam menunjukkan 9.00 malam, anak- anak masih aktif belum nampak lagi mereka nak tidur. Biasanya bila ada masa terluang, kami akan adakan aktiviti santai. Aktiviti untuk membuka minda anak. Di rumah kami jarang menonton, kecuali jika ada cerita filem vcd baru. Kami tak galakkan anak menonton. Kami lebih suka bersembang, bermain, bergurau dengan anak- anak. Pada malam ni masing-masing mencari idea nak mengenakan semua orang dalam rumah. Ayah, ummi dan anak- anak diberi peluang berfikir satu teka- teki. Memang kelakar habis. Hilang stress sekejap. Berguling- guling anak ketawa, saya dan suami menahan je geli hati. Bukan apa, bila dengar teka- teki anak yang direka cipta secara sepontan.  Yang seronoknya ummi punya teka- teki tak seorang pun yang dapat jawab. Seronok tengok mereka kalah.  Ummi pulak dapat je jawab teka- teki anak. Kelakar sungguh bila masing...

Ujian Kecil Untuk Kami Sekeluarga

Teks: Zanariah Kamal Foto: koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum, moga hari ini lebih baik dari semalam. Lemparkanlah senyuman walau dihati kita sedang bersedih. Sebarkanlah kasih sayang di dalam rumah tangga. Ceriakanlah hari kita dengan perkara positif dan tindakan positif. Berbahagialah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Janganlah mengeluh atas kekurangan. Sentiasalah bersikap lapang dada dan selalu bersyukur. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang berbakti pada ahli keluarga. Sumbangan yang kecil tapi ikhlas. Niatkan setiap apa yang ingin dilakukan hanya kerana Allah. Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka.  Anakanda Afiq masih lagi bercuti. Tidak dapat ke sekolah, kerana kakinya belum pulih. Pengalaman menjaga dan...

Cuti- Cuti Balik Kampung

Tek: Zanariah Kamal Foto : Koleksi peribadi Bismillah.. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan pada kami. Nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat kebahagian dan bermacam- macam nikmat. Cuti Tahun Baru Cina 2015, kami berpeluang pulang ke kampung halaman. Manfaatkan masa cuti yang ada dengan pelbagai aktiviti yang diatur. Berpeluang berjumpa emak dan abah. Menghadiri majlis pernikahan anak sedara suami,  kakcik nama glamor. Petang hari Khamis 19bh Feb , suami bawa window shopping di AEON Ayer Keroh. Memang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Sejak meninggalkan Melaka, kami tidak berpeluang ke sana. Teringat masa Afiq kecil, di situlah kami bawanya jalan- jalan dan makan- makan.  Sebenarnya, suami ada hajat bawa kami ke sana. Nak celebrate birthday anak-anak yang lahir pada bulan Januari. Kami sempat bergambar, disebabkan terlalu lama menunggu order. Maklumlah hari cuti, ramai yang makan di luar. Ana...