Skip to main content

Posts

Resepi Biskut Tiramisu Kastad Mudah Dan Sedap

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Assalamualaikum semua. Hari ini nak kongsi resepi biskut tiramisu kastad. Berkastad pulak kali ni. Ye, sebab saya dan anak-anak memang suka kastad. Kalau hari-hari ada cream kastad pun anak tak jemu. Cara nak buat  senang sangat. Semudah ABC Ikut resepi yang saya kongsikan di bawah ni ye.Terima kasih kak Nor sebab kongsi resepi ni. Bahan-bahan  1 tin susu cair 1 tin air 6 sudu besar tepung kastad 3/4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanila Biskut ikut suka saya guna biskut crackers atau nama lain biskut lemak/biskut kering Caranya Masak 1 tin susu cair+1 tin air+6sdb tepung kastard+3/4sdb gula+1sdt esen vanilla.Masak dengan api yang perlahan dan kena selalu kacau sampai pekat..Tutup api.Ketepikan.. Susun biskut dalam loyang atau bekas.Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh tutup biskut.Lepas tabur serbuk milo.Kemudian ulang step sehingga habis.Dah siap boleh simpan dalam peti sejuk dan sejukkan... Bila dah...

Resepi Nando's Homemade untuk anak-anak

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Bismillah.. Alhamdulillah, dapat juga siapkan makan tengahari untuk kami sekeluarga. R esepi  ini adalah resepi olahan sendiri memandangkan bahan yang ada di rumah tidak lengkap. Saya masak ala kadar sahaja.Tapi n ampak sedap dan membangkit selera anak-anak. Memang betul pun, habis seperiuk dengan seekor ayam. Sungguh jimat, rasanya kalau di restoren nandos mahu mencecah RM 160.00 untuk sekeluarga. Mungkin lebih sebab dah ada tambahan GST. Sebenarnya ada cerita mengapa saya rasa nak buat sangat ayam peri peri dan nasi meditranean ni. Anak sulong Afiq sebenarnya dari kecil sudah biasa makan luar. Tempat paling digemari ialah Nandos. Tapi disebabkan keadaan ekonomi kami belum berapa nak pulih lagi kami jarang makan luar sekarang ni. Jika ada makanan yang anak nak makan saya lebih suka masak sendiri. Walaupun tak seratus peratus sama. Alhamdulillah anak-anak suka. Sosnya memang suami beli banyak dan simpan stok di rumah. Afiq s...

Aktiviti Bersama Anak-Anak Di Wetland Putrajaya

Teks : Zanariah Kamal Foto : Koleksi Peribadi Bismillah.. Teruja nak berkongsi cerita tentang aktiviti kami sekeluarga hujung minggu lalu. Sudah lama kami sekeluarga tidak makan angin atau beriadah. Kesibukan tugasan menyebabkan kami tiada masa membawa anak-anak berjalan. Tiba-tiba pagi Sabtu saya terfikirkan Putrajaya. Sudah lama saya tak bawa anak ke sana. Dulu masa anak kecil selalu juga ikut suami, itu pun sebab suami ada urusan kerja. Saya rasa di sana memang sesuai untuk aktiviti riadah. Selepas solat asar kami bergegas ke sana. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Putrajaya. Tempat pertama kami singgah ialah di atas Jambatan. Memang ramai yang singgah nak bergambar. Kami tidak bergambar pun. Sekadar mengenalkan saja pada anak. Kami lalu di depan Masjid Putrajaya. Tak singgah pun, sebab sesak sangat kawasan tu. Perancangan kami akan singgah untuk solat maghrib. Tapi tidak kesampaian kerana hujan tersangat lebat. Kami berteduh di Wetland hingga jam 8....

Semangatku Kuat Walau Hakikatnya Lemah

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Salam ceria, salam kasih sayang dari saya buat anda yang sedang membaca catatan saya ini. Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas dan menghirup udara segar pagi ini. Apa yang saya coretkan di sini tak pernah dikongsikan pada sesiapa pun. Hanya suami sahaja yang tahu apa impian saya dan apa yang saya alami. Saya mempunyai cita-cita untuk ada sebuah butik. Berniaga kecil-kecilan dari rumah memang sudah saya lakukan sejak 13 tahu lalu. Saya gembira dan berpuas hati dengan apa yang saya lakukan. Berniaga ni menguntungkan sebenarnya. Tapi dengan syarat kita kena pandai jaga akaun kewangan. Macam saya kadang-kadang tu terbabas juga. Maklumlah duit kalu dah ada pada tangan ada saja yang nak dibeli. Kadang-kadang tu siap boleh tolong bagi advance pada suami. Kadang-kadang tu sampai terlupa kita da bagi pinjaman. Tapi tak mengapalah untuk suami. Halalkan saja. Suami pun dah banyak bantu dan bagi sokongan pada kita. Nak b...

Resepi Asam Rebus Mudah

Teks : Zanariah Kamal Bismillah. Assalamualaikum.. Sudah lama tak pekena asam rebus. Asyik makan lauk asam pedas je, sesekali apa kata cuba masak asam rebus. Asam rebus ni memang simple sangat tak menggunakan minyak masak. Cara masak pun mudah kita perlu merebus saja ramuan dan bahan asas iaitu ikan. Kalau cukup asam dan garam memang sedap. Aromanya pun dah menyelerakan. Kepada yang nak mencuba silalah ikut resepi yang saya kongsikan ini. Saya pun bukannya pandai masak, tapi bila dah berkeluarga saya terpaksa belajar masak untuk meningkatkan kemahiran. Saya banyak merujuk buku resepi, kawan-kawan, emak, dan juga en google. Orang kata segalanya jadi mudah. Maklumat dihujung jari. Kita kena pandai dan rajin untuk selalu mencari resepi. Asam rebus boleh di tambah dengan sayur kegemaran seperti bendi. Boleh juga buat asam rebus batang keladi. Yang ini memang sudah lama saya tak makan. Kalau di kampung senang nak dapat pokok keladi, sebab emak saya ada tanam belakang rumah. Su...

Tips Bahagia 'Bersyukur"

Teks : Zanariah Kamal Foto : hiasan google   Bismillah.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik rezeki dan yang memberi rezeki. Sibuk memikirkan soal rezeki, kita kadang-kadang terlupa siapa pemberi rezeki pada kita. Mengeluh penat, pendapatan tak seberapa, perniagaan pun cukup-cukup makan saja. Apa-apa pun manusia memang jarang merasa puas dengan apa yang dimilikki sehingga urusan dunia ini melalaikan dari mengingati Allah dan hari Akhirat. Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu :  " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya AKu akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Ibrahim 14:7) Biarlah kita juga selalu mengingatkan diri sendiri, sama ada kita sedar atau tidak, dunia ini apabila semakin dikejar, semakin laju dia lari dari kita. Bukan bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mencari rezeki yang lebih. Sebaliknya didiklah diri kita untuk menyedari bahawa harta yang meli...

Pengalaman Hamil 14 Tahu Lalu

Teks : Zanariah Kamal Foto : Hiasan dari google   Bismillah.. Salam ceria, didoakan anda sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Setiap hari menerima berita gembira dari kawan-kawan dan adik-adik yang baru dapat baby. Ada juga yang sedang mengandung dan bakal menjadi ibu dan ibu beranak kecil lagi di usia lewat 40 an. Saya pula yang berasa seronok. Ada yang tak lalu nak makan, ada yang rasa teruk ketika awal mengandung sampai tak terurus rupa dan keadaan. Semuanya pengalaman manis sebenarnya. Kenapa tiba-tiba saya nak kongsi pengalaman ini ye. Sebenarnya saya tertarik nak berkongsi kenangan saya buat pertama kali mengalami morning sickness 14 tahun lalu. Pengalaman semasa mengandungkan anak pertama iaitu Afiq cahaya mata yang dinanti-nanti kami. Jika catatan pengalaman saya ini terpilih akan dikongsikan dalam majalah Pa&Ma bulan Jun 2015. Anak sulung saya, Afiq kini berusia 13 tahun. Maknanya masa saya mengandungkan Afiq umur saya baru 25 tahun. Alhamdulillah,...