Skip to main content

Pengalaman Hamil 14 Tahu Lalu

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Hiasan dari google

 Hasil carian imej untuk limau kasturi

Bismillah..

Salam ceria, didoakan anda sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Setiap hari menerima berita gembira dari kawan-kawan dan adik-adik yang baru dapat baby. Ada juga yang sedang mengandung dan bakal menjadi ibu dan ibu beranak kecil lagi di usia lewat 40 an. Saya pula yang berasa seronok. Ada yang tak lalu nak makan, ada yang rasa teruk ketika awal mengandung sampai tak terurus rupa dan keadaan. Semuanya pengalaman manis sebenarnya.

Kenapa tiba-tiba saya nak kongsi pengalaman ini ye. Sebenarnya saya tertarik nak berkongsi kenangan saya buat pertama kali mengalami morning sickness 14 tahun lalu. Pengalaman semasa mengandungkan anak pertama iaitu Afiq cahaya mata yang dinanti-nanti kami. Jika catatan pengalaman saya ini terpilih akan dikongsikan dalam majalah Pa&Ma bulan Jun 2015.

Anak sulung saya, Afiq kini berusia 13 tahun. Maknanya masa saya mengandungkan Afiq umur saya baru 25 tahun.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan tersebut Allah kurniakan saya kesihatan yang terbaik cuma mengalami alahan bau yang teruk mungkin sama seperti ibu-ibu lain, orang kata 'morning sickness'.


Saya menghadapi masalah 'morning sickness' hingga melahirkan. Iaitu sejurus selepas mendapat tahu saya mengandung saya dah mula tak senang dengan semua benda yang berbau. Bila terhidu bau saja saya dah mual, pening loya. Kadang-kadang dapat juga mengawal diri dari memuntahkan segala isi perut dengan buat-buat tidur dan tekap muka dengan tuala atau bantal kesayangan.


Ohhh dan-dan tu tetiba rasa nak muntah lah, loya lah...nampak sangat mengada nya kan...al-maklum lah mengandung anak pertama jadi mengada nya lebih sikit kot.


Yang paling tidak seronok sampaikan bau badan suami, minyak wangi dan bedak yang suami guna saya tak suka. Padahal sebelum mengandung saya suka apa saja yang suami pakai.

Tak tahu lah, tetapi itu lah yang terjadi. Saya langsung tak boleh terima bau makanan, sabun mandi, bau bilik air, tandas jangan cakaplah memang tak suka masuk, kecuali terpaksa, minyak wangi kawan-kawan sekerja, bau kereta dan semua yang berbau saya tak suka. Inilah pengalaman paling teruk saya rasa berbanding anak ke dua, ketiga dan seterusnya ke lima.


Pada awal perkahwinan kami tinggal berasingan. Suami tinggal di Kuala Lumpur dan saya di Melaka. Tiap hujung minggu suami balik dan masa tu suami akan bawa jalan-jalan window shopping. Di pasaraya sahaja tempat yang saya suka masuk dan buat saya rilex dari rasa nak termuntah tu. Suami kata saya mengada-ngada. Cakap juga kat suami, kalaulah abang tahu macam mana dan rasa apa yang saya rasa masa tu pasti tak bangun dan mungkin dah berada di hospital. Dalam nada gurau saya berseloroh, saya serik tau. Masa tu akal tak cukup lagi, ilmu pun tak banyak mulalah merungut dengan keadaan yang saya rasa paling teruk. Astaghfirullahalazim tak baik cakap macam gitu kan.

Nak tau apa yang saya buat untuk hilangkan rasa tidak selesa tu, saya selalu bawa limau kasturi dalam beg tangan dan tuala. Saya akan cucuk dengan jarum limau tu supaya bau limau tu keluar. Saya akan hidu bau tu sepuas-puasnya. Tuala memang sentiasa diletakkan dihidung agar bau yang saya tak suka tak dapat menerobos ke rongga hidung saya. Kalau saya tak buat begini saya pasti akan rasa tak selesa dan termuntah. 

Sayang makanan yang kita makan tu asyik terkeluar semula. Jika makan mi yang keluar pun mi, jika makan ayam yang keluar pun ayam, minum sirap yang keluar pun merah sirap tu. Pedih ulu hati, sakit perut bukan main lagi. Bila dah muntah rasa lega. Tapi letihlah badan satu kerja tak boleh nak buat. Beginilah berterusan hingga saat nak melahirkan anakanda Afiq.

Pesanan kepada anda yang sering muntah tu elakkanlah memakan makanan yang pedas dan berminyak. Bila tekak kita luka, kita akan terasa pedih dan sakit. Banyakkan ambil buah-buahan untuk tambah tenaga. Inilah yang saya boleh buat untuk diri saya masa tu. Suplemen memang tidak membantu saya. 

Sekian, ini sahaja catatan pengalaman saya melawan dan berperang dengan morning sickness semasa mengandung 14 tahun lalu. Hanya sekadar perkongsian untuk bakal ibu.


Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b