Teks : Zanariah Kamal
Bismillah.
Assalamualaikum..
Sudah lama tak pekena asam rebus. Asyik makan lauk asam pedas je, sesekali apa kata cuba masak asam rebus. Asam rebus ni memang simple sangat tak menggunakan minyak masak. Cara masak pun mudah kita perlu merebus saja ramuan dan bahan asas iaitu ikan.
Kalau cukup asam dan garam memang sedap. Aromanya pun dah menyelerakan. Kepada yang nak mencuba silalah ikut resepi yang saya kongsikan ini. Saya pun bukannya pandai masak, tapi bila dah berkeluarga saya terpaksa belajar masak untuk meningkatkan kemahiran. Saya banyak merujuk buku resepi, kawan-kawan, emak, dan juga en google.
Orang kata segalanya jadi mudah. Maklumat dihujung jari. Kita kena pandai dan rajin untuk selalu mencari resepi. Asam rebus boleh di tambah dengan sayur kegemaran seperti bendi. Boleh juga buat asam rebus batang keladi. Yang ini memang sudah lama saya tak makan. Kalau di kampung senang nak dapat pokok keladi, sebab emak saya ada tanam belakang rumah. Sulur atau akar keladi yang menjalar itu pun sedap. Erm dah terliuh ni. Tak mengapa, sabar. Ada masa lagi nak pergi cari keladi.
Tak mahu cerita panjang. Saya kongsikan resepi Asam Rebus Ikan di sini.
Bahan A
3 ekor ikan (saya selalu guna ikan kembung atau selar)
5 keping asam gelugur
2 tangkai daun kesum
1/4 biji nenas ( dipotong kecil) * boleh juga guna buah belimbing buluh
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
secubit rasa
Bahan B (dikisar)
3 biji cili merah
1/2 inci belacan
3 biji bawang merah
Cara membuat
1 .Bersihkan ikan
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
3. Masakan hingga mendidih
4. Tutupkan api, sedia dimakan
Selamat mencuba.

Comments
Post a Comment