Skip to main content

Tips Bahagia 'Bersyukur"

Teks : Zanariah Kamal
Foto : hiasan google

 Hasil carian imej untuk gambar pemandangan

Bismillah..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik rezeki dan yang memberi rezeki. Sibuk memikirkan soal rezeki, kita kadang-kadang terlupa siapa pemberi rezeki pada kita. Mengeluh penat, pendapatan tak seberapa, perniagaan pun cukup-cukup makan saja. Apa-apa pun manusia memang jarang merasa puas dengan apa yang dimilikki sehingga urusan dunia ini melalaikan dari mengingati Allah dan hari Akhirat.

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu :  " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya AKu akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" (Ibrahim 14:7)

Biarlah kita juga selalu mengingatkan diri sendiri, sama ada kita sedar atau tidak, dunia ini apabila semakin dikejar, semakin laju dia lari dari kita. Bukan bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mencari rezeki yang lebih. Sebaliknya didiklah diri kita untuk menyedari bahawa harta yang melimpah ruah itu bukan suatu keutamaan dalam hidup. Sentiasalah berasa cukup dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kelebihan rezeki itu adalah pada keberkatan bukan pada kuantitinya.

Bersyukur kita kepada-Nya kerana sifat itu memberikan rasa tenang dan mendamaikan jiwa. Allah berjanji akan menambahkan rahmat-Nya apabila kita bersyukur. Sebaliknya azab yang keras jika kita mengingkari nikmatnya. Kita tiada pilihan sebenarnya melainkan memilih untuk bersyukur.

Sifat syukur bukan hanya sekadar pengucapan di lidah sahaja. Buktikan dengan perbuatan-perbuatan yang melambangkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan. Antara sifat orang bersyukur mentaati Allah, menunaikan solat, berzikir, mengingati Allah, redha, menunaikan hak terhadap anak yatim, fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan. 

Rezeki yang Allah kurniakan itu digunakan untuk jalan kebaikan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan berbelanja boros. 

Dalam menjaga supaya kita tidak timbul perasaan megah dan sombong jangan pula kita terlampau berkira sehingga dilabelkan kedekut. Berbelanjalah sekadar kemampuan kita dan sesuaikan dengan kebiasaan masyarakat sekeliling kita.

Sentiasalah berlapang dada dan berasa bahagia dengan rezeki yang kita terima. Rezeki dan rahmat Allah bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja, namun didatangkan-Nya dengan berbagai cara. Mungkin dikurniakan anak-anak yang soleh. Mungkin juga dengan dipermudahkan segala urusan kita, atau diselamatkan kita daripada bahaya dan musibah. Mungkin dijodohkan kita dengan orang yang beriman.

Yang pastinya kita tidak dapat menyenaraikan semua rezeki dan rahmat Allah yang terlalu banyak. Kurnia yang paling tinggi dan utama yang wajib kita usahakan adalah kurniaan hidayah dan iman, bukanlah harta kekayaan.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang alpa. Astaghfirullahalazim.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b