Skip to main content

Resepi Nando's Homemade untuk anak-anak

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi



Bismillah..
Alhamdulillah, dapat juga siapkan makan tengahari untuk kami sekeluarga. Resepi  ini adalah resepi olahan sendiri memandangkan bahan yang ada di rumah tidak lengkap. Saya masak ala kadar sahaja.Tapi nampak sedap dan membangkit selera anak-anak. Memang betul pun, habis seperiuk dengan seekor ayam. Sungguh jimat, rasanya kalau di restoren nandos mahu mencecah RM 160.00 untuk sekeluarga. Mungkin lebih sebab dah ada tambahan GST.

Sebenarnya ada cerita mengapa saya rasa nak buat sangat ayam peri peri dan nasi meditranean ni. Anak sulong Afiq sebenarnya dari kecil sudah biasa makan luar. Tempat paling digemari ialah Nandos. Tapi disebabkan keadaan ekonomi kami belum berapa nak pulih lagi kami jarang makan luar sekarang ni. Jika ada makanan yang anak nak makan saya lebih suka masak sendiri. Walaupun tak seratus peratus sama. Alhamdulillah anak-anak suka. Sosnya memang suami beli banyak dan simpan stok di rumah. Afiq suka rasa sosnya. Peri-peri sauce ada bermacam jenis.


Tertanya-tanya apa ke benda lah Peri Peri ni ye. Ini dia hasil carain en google. Ia merupakan spesis cili dalam kumpulan `Capsicum frustescens'. Perkataan `Pili-pili' ini berasal daripada bahasa Swahili yang bermaksud, `Pepper Pepper'. Cili peri-peri ini juga dikenali sebagai African Bird's Eye atau African devil.  Lada ini hidup dan boleh didapati di Malawi, Afrika Selatan, Ghana, Nigeria, Zimbabwe dan Mozambique.

Resepi Ayam Peri-peri 
Bahan2
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
1 biji lemon di perah ambil nya 
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano 

1/2 sudu kecil serbuk cili merah
3 sudu minyak zaiton
sedikit planta
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam tumbuk
4 sudu sos nandos

Caranya
1.  Kisar bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam, lada hitam dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh, sos nandos dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam. Sebelum memanggang sapukan sedikit planta.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Boleh lah dihidangkan bersama nasi meditranean.

Resepi Nasi Meditranean
Bahan2
4 cawan beras wangi
3 sudu sayuran campur frozen
4 sudu butter 
1 biji bawang besar (hiris)
secubit garam
secuit secukup rasa maggi
air

Caranya
1. Masukkan butter kedalam periuk dan masukkan bawang, kacau.
2. Masukkan beras dan kesemua bahan.
3. Kacau dan masak nasi seperti biasa anggaran 10 minit dalam rice cooker
4. Siap dan bolehlah dihidangkan.

Alhamdulillah, siap sudah Nandos homemade. Anak request suruh buat lagi. Katanya sedap ummi. Insya Allah nanti boleh buat lagi tunggu anakanda balik bermalam di rumah.









Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b