Skip to main content

Aktiviti Bersama Anak-Anak Di Wetland Putrajaya

Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi







Bismillah..

Teruja nak berkongsi cerita tentang aktiviti kami sekeluarga hujung minggu lalu. Sudah lama kami sekeluarga tidak makan angin atau beriadah. Kesibukan tugasan menyebabkan kami tiada masa membawa anak-anak berjalan.

Tiba-tiba pagi Sabtu saya terfikirkan Putrajaya. Sudah lama saya tak bawa anak ke sana. Dulu masa anak kecil selalu juga ikut suami, itu pun sebab suami ada urusan kerja.

Saya rasa di sana memang sesuai untuk aktiviti riadah. Selepas solat asar kami bergegas ke sana. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Putrajaya. Tempat pertama kami singgah ialah di atas Jambatan. Memang ramai yang singgah nak bergambar. Kami tidak bergambar pun. Sekadar mengenalkan saja pada anak.

Kami lalu di depan Masjid Putrajaya. Tak singgah pun, sebab sesak sangat kawasan tu. Perancangan kami akan singgah untuk solat maghrib. Tapi tidak kesampaian kerana hujan tersangat lebat. Kami berteduh di Wetland hingga jam 8.00 malam.

Perjalanan diteruskan untuk ke Taman Botani. Tapi kami tersesat pula tak jumpa jalan masuk ke Taman Botani. Suami memandu ke Wetland. Kami pun singgah sebentar. Anak-anak teruja sangat sebab ternampak ada orang memancing.

Anak kami memang suka memancing. Hobi turun temurun agaknya. Sebab suami suka memancing. Kalau kami tak ke Putrajaya rasanya suami dah berada di Pelabuhan Klang.

Anak-anak mengajak menaiki bot. Saya pun rasa macam nak naik juga. Suami pun kata bolehlah mencuba. Tak pernah pun naik sebenarnya. Ini pertama kali nak mencuba. Memang seronok, hilang segala kepenatan dan ketegangan saya. Inilah masanya nak release kan kepala yang serabut. Kadang-kadang surirumah ni perlu juga tenangkan fikiran. Mana tidaknya hari-hari buat kerja yang sama boleh stress juga

Syukur Alhamdulillah suami belanja makan dan bayar tiket naik bot. Tiket dewasa RM 10, manakala kanak-kanak RM 5. Siap GST kami  sekeluarga dikenakan bayaran RM 47.50. Kami diberi jaket keselamatan seorang satu. Bersiap untuk menaiki bot. Sampai ditengah tasik bot yang kami naiki tiada bateri. Kami berpindah menaiki bot berbentuk sampan.

Kami di bawa bersiar lebih kurang 30 minit perjalanan. Anak-anak seronok sangat. Boleh lihat flora dan fauna di sekitar. Langit sudah kelihatan mendung. Afiq tiba-tiba bermuram, rupanya dia nak ke Taman Botani. Disebabkan hujan dah nak turun kami tak jadi pergi Taman Botani. Kami janji akan bawa juga datang ke sana , Insya Allah.

Persekitaran juga sangat bersih dilengkapi surau dan tandas. Mudah jika ingin menunaikan solat di sana. Saya bercadang nak buat sambutan harilahir Danisha dan Harraz di tepi tasik.  Insya Allah jika diizinkan Allah dan ada rezeki bulan Ogos nanti kami datang berkelah sambil makan kek harilahir. Seronok kan? Nampak macam ummi yang teruja. Inilah masa yang sesuai ketika anak-anak masih kecil nak jalan dan berhibu bersama. Nanti bila dah besar dah tak mahu ikut ibu bapa jalan.

Oklah setakat ini saja catatan pengalaman membawa anak-anak jalan di Putrajaya. InsyaAllah lepas ni kongsi pengalaman kami di sambut birthday anak di tepi tasik pula.




Comments

  1. Saya hari-hari ulang alik Putrajaya, tak pernah pegi pun lagi naik bot. Bagus juga info akak. Nanti boleh saya pegi.

    ReplyDelete
  2. Sesuai datang bawa anak-anak tempatnya bersih. Anak saya suka sangat tempat macam tu..siap ajak pergi lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b