Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Salam ceria, salam kasih sayang dari saya buat anda yang sedang membaca catatan saya ini. Alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas dan menghirup udara segar pagi ini.
Apa yang saya coretkan di sini tak pernah dikongsikan pada sesiapa pun. Hanya suami sahaja yang tahu apa impian saya dan apa yang saya alami.
Saya mempunyai cita-cita untuk ada sebuah butik. Berniaga kecil-kecilan dari rumah memang sudah saya lakukan sejak 13 tahu lalu. Saya gembira dan berpuas hati dengan apa yang saya lakukan. Berniaga ni menguntungkan sebenarnya. Tapi dengan syarat kita kena pandai jaga akaun kewangan. Macam saya kadang-kadang tu terbabas juga. Maklumlah duit kalu dah ada pada tangan ada saja yang nak dibeli. Kadang-kadang tu siap boleh tolong bagi advance pada suami. Kadang-kadang tu sampai terlupa kita da bagi pinjaman. Tapi tak mengapalah untuk suami. Halalkan saja. Suami pun dah banyak bantu dan bagi sokongan pada kita. Nak buat apa berkira sangat.
Tapi sebenarnya dalam perniagaan cara saya ini salah. berniaga kena tegas dan disiplin. Catatan keluar masuk duit hendaklah dibuat, jangan abaikan perkara ini. Lagi satu jangan berani benarkan orang berhutang dengan kita. Sebab jika kita memberi hutang pada kawan, dan kawan tak mampu nak bayar, walaupun kita dah redha semuanya. Tapi kita pasti akan kehilangan kawan. Tak tahu kenapa tiba-tiba kawan kita tu hilang, dan tak mahu dihubungi. Kan dah rugi di situ, duit tak dapat tapi kawan hilang. Ini juga salah satu pengalaman saya.
Sebenarnya saya nak cerita bagaimana saya boleh bertukar cita-cita saya. Dari berniaga butik kepada perniagaan pasar mini. Sebenarnya perniagaan pasar mini ni, ada sedikit saja di hati saya. Tapi atas sokongan keluarga lebih-lebih suami dan abah membuatkan saya terfikir mengapa saya tidak mencuba saja cadangan mereka.
Abah membenarkan saya membina kedai di atas laman dekat rumahnya. Syukur Alhamdulillah, peluang dah ada cuma pengalaman saja tidak ada. Mula-mula tu takut juga, semakin hari tengok kedai sudah siap di bina. Hati ini makin rasa tak sabar.
Konsep kedai saya ni ala-ala seven eleven, kedai runcit moden. Dilengkapi penghawa dingin. Semoga cita-cita saya tercapai dan terlaksana seperti yang dirancang. Insya Allah Pasar Mini Dhuha akan mulakan operasi pada bulan Mei 2015.
Impian saya dengan adanya Pasar Mini Dhuha saya dapat memberi peluang kepada orang sekeliling untuk berniaga sekali dengan saya. Sebab saya ada buka slot untuk vendor meletakkan barangan mereka. Berniaga ini bukan untuk diri saya seorang tapi untuk semua. Insya Allah Pasar Mini Dhuha dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga Allah redha sepanjang perjalanan saya menjayakan kedai ini.
Kepada anda yang berniaga dari rumah tu, saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya yakin setiap uasaha kita Allah akan balas dan bagi ganjaran. Saya sudah berniaga dari rumah lebih 13 tahun. Suami pun bekerja dari rumah sejak berhenti kerja 9 tahun lalu. Alhamdulillah kami sekeluarga lebih tenang bekerjasama. Rezeki Allah swt yang bagi bukan manusia. Jika niat kita baik segalanya akan jadi baik. Dan yakin 9 dari 10 punca rezeki datang dari perniagaan.
wassalam.. jumpa lagi

Comments
Post a Comment