Skip to main content

Hari Ke Dua Puasa Di Sekolah

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke dua kita berpuasa. Seronok bila dapat berpuasa penuh. Ajar anak-anak menahan rasa lapar. Alhamdulillah semalam bercuti jadi kurang sikit ragam anak-anak. Hari ini tak tau lagi. Harap kesabaran mereka makin meningkat.

Tadi sebelum ke sekolah Haziq sempat tanya menu apa untuk buka puasa petang ni. Ummi pun dapat rasa bila kita buat makanan yang mereka suka bertambah semangat nak puasa hingga petang. 

Hari ini ummi plan nak buat bihun goreng special, karipap roti, dan curry puff, minuman carrot susu suam.

Minuman kebiasaannya saya buat panas, walau air sejuk amat menyelerakan. Sebab ummi tak nak anak ummi keletihan lepas berbuka. Bila letih tak larat ke surau untuk solat terawih.

Rehat sebentar ye, saya nak solat zohor dulu. Petang nanti sambung cerita.

Sekarang nak sambung balik kisah hari ini. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang anak- anak dah pulang. Harraz dah tewas di sekolah, minum air kawan. Katanya rasa haus dan panas tak tahan. Haziq pula menangis sebab kaki sakit dan lenguh. Macam- macam hal, rasa kesian pun ada. Memang dahaga lebih-lebih lagi duduk di luar tu, dengan menggalas beg sekolah yang berat. Nak buat macam mana itu saja pilihan yang ada.

Afiq sudah besar tiada rungutan atau karenah. Waktu berbuka dah sampai. Masing-masing tak sabar nak makan. 

Jemputlah makan menu simple aje. Afiq dengan sepontan menjawab, ini pun dah cukup. Asalkan ummi yang masak makanan ini semua. 



Sekian, jump lagi.


Semoga Allah Sayang , Semoga Allah Redha




Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...