Skip to main content

Resepi Lasagna Sedap

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah...
Assalamualaikum...hari nak kongsi resepi.


Bahan untuk lasagna:

Kulit lasagna
Keju Mozzarella

Bahan untuk sos daging:
1 paket daging kisar
1 tin cendawan butang         } Dipotong dadu
1 biji bawang besar              }
5 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar puri tomato
2 sudu sos cili
1 kiub pati ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit oregano
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
250 ml susu penuh krim
1/2 potong keju Cheddar
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Untuk sos daging, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan daging.
Setelah daging empuk, masukkan puri tomato, sos cili, kiub ayam, oregano dan lada hitam.
Masak sehingga sebati, kemudian masukkan cendawan butang. Ketepikan.
 Untuk sos putih, cairkan mentega dan masukkan tepung. Masak di atas api sederhana, lalu kacau sehingga sebati.
Kemudian, masukkan susu dan kacau sehingga kuah pekat.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah, diikuti dengan keju. Ketepikan.
Bagi menyediakan lasagna, lapik pembalut aluminium di atas mangkuk atau loyang dan letak sedikit sos daging supaya lasagna tidak melekat. Susun lasagna secara rapat diikuti dengan lapisan sos daging dan sos putih berselang-seli.
Kemudian, tabur keju Mozzarella dengan banyak. Ulang langkah ini sehingga penuh loyang atau mangkuk.
Bakar pada susu 180 – 185 C selama 45 minit. Biarkan sejuk dan sedia dihidangkan.

*** kulit lasagna guna yg ini je senang

 

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b...

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen...

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Sedap Dan Mudah

 Teks : Zanariah Kamal Foto : tablet lenovo Bismillah.. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat berkongsi dalam blog ini. Resepi ini dicedok, dikutip dari seorang sahabat saya. Sememangnya beliau memang pandai memasak. Walaupun usianya lebih muda dari saya tapi pengalaman memasak memang banyak. Di bawah ini saya kongsikan resepi cucur udang untuk hidangan kecil. Untuk jamuan kesyukuran tempohari kami menggunakan 2 kilo tepung. untuk makan sendiri resepi ini boleh digunakan. Selamat mencuba. Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Bahan-bahan Cucur Udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis segera (mauripan) 1 genggam taugeh Daun kucai 7-8 ekor udang saiz kecil Serbuk kunyit Garam Minyak untuk menggoreng Cara-cara: Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung. Masukkan serbuk kunyit dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas ad...