Tips Mudah Bersedekah

Teks: Zanariah Kamal


Bismillah..

Sekarang dah pun masuk pertengahan bulan Syaaban. Tinggal kurang 2 minggu lagi seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menyambut puasa. Ramadhan yang ditunggu- tunggu pasti kunjung tiba. Persiapan mental dan fizikal perlu ada dalam diri kita. Tak kurang juga sekarang ni ramai juga yang berlumba-lumba berpuasa sunat dan qada puasa.

Bila tiba bulan puasa sinonim sangat dengan sedekah. Sebab kebiasaannya orang lebih suka bersedekah dalam bulan ramadhan. Mungkin juga kerana merebut peluang ganjaran Yang Allah janjikan.

Tapi sebenarnya sedekah boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Sedekah amat mudah, seorang lelaki pernah bertanya Nabi Muhammad SAW bagaimana?

Lalu Nabi Muhammad SAW membalas, "gunakanlah kedua-dua tanganmu dan dengan hasilnya kamu bersedekah".
Maksudnya ialah memberi makan kepada isteri, anak-anak, keluarga dan orang yang memerlukan dikira bersedekah.

Jika tidak mampu, penuhilah keperluan orang yang dalam terdesak.

Jika itu pun tidak mampu ,  sebarkan kebaikkan disekeliling kita.

Jika itu juga tidak mampu, bentengkan diri kita dari kejahatan, maksiat. Semua itu dikira sedekah kata Nabi Muhammad SAW.

Ada hadis yang Nabi menyebut, " Bersedekahlah walaupun dengan separuh Tamar (kurma)."

Sedikit pengajaran disini, kalau ada sedikit, berikan sedikit, Kalau ada banyak , berilah banyak. Kalau tak ada berilah senyuman, banyakkan zikir, banyakkan DOA, banyakkan membantu, banyakkan mendengar, banyakkan menasihati, banyakkan membuat orang sekeliling gembira dan bahagia. Itu semua dinilai sebagai sedekah.

Subhanallah, mudahkan kan, nak bersedekah. Banyak cara untuk kita dapat pahala sedekah.

Sekian, moga memberi inspirasi kepada kita untuk meningkatkan amal kebajikan.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha

************************************************************
Kepada anda yang sedang mencari produk meningkatkan kecergasan minda boleh mencuba produk berasaskan sunnah
Sila klik link di bawah>>>>

Produk Minda



Comments

Popular Posts