Skip to main content

Peranan Ibubapa Menjelang Peperiksaan Anak

Tek: Zanariah Kamal


Bismillah..

Assalamualaikum..Hari ini masih lagi nak kongsi cerita tentang peperiksaan. Selagi belum selesai lagi peperiksaan selagi itu saya tak senang duduk.

Maklumlah, ini pertama kali anak nak duduki peperiksaan. Orang kata apalah nak kecoh- kecoh baru UPSR. Tapi bagi saya ianya penting. Sebab saya mahu anak saya dapat masuk sekolah menengah yang terbaik. 

Untuk dapatkan yang terbaik, usaha kena jugalah  lebih. Bukan anak yang duduki peperiksaan sahaja yang kena berusaha, tapi ibu juga perlu membantu.

Sebab itulah saya tak duduk diam, mencari tips-tips bagaimana saya sebagai ibu boleh bantu anak untuk berjaya.

Ini adalah antara tips atau perkara yang ibu perlu tahu bagi memastikan kejayaan anak. Tips ini saya dapat dari blog Dr Tengku Asmadi dan saya kongsikan di sini. Semoga ia memberi manfaat pada kita yang belum berpengalaman.

1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang.  Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.  Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan.  Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya.  Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya.  Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini.  Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka.  Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.  Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.
Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia.  Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui. 
Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal.  Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar.  Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah.  Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika.  Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga.  Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula.  Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula.  Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2.  Tingkatkan Keyakinan Diri Anak
Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak.  Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri.  Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan.  Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka.  Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata.  Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. 
Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.  Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.  Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat  pengalaman.  Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai.  Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan.  Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3.  Dorong Anak Secara Positif

Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif.  Apakah kata-kata positif?  Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. 
 Misalnya:
bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!",
bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati",
Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

4.  Kerjasama Sepenuhnya

Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.  Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.  Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah.  Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng.  Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran.  Begitulah juga dengan yang lain-lain.  Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya.  Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.

5.  Kurangkan Aktiviti Luar

Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya.  Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak. Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

6.  Elakkan Anak Dari Tidur Lewat

Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka.  Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan.  Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal.  Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit.  Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.  Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.

7.  Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian

Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan.  Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.  Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri.   Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama.  Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas.  Anak-anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8.  Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas

Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.    Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.  Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas.  Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya.  Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati.  Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya.   Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa.  Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah".
Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya.  Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi.
Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya.  kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai menghargai penat lelahnya itu.

9.  Ambil Cuti

Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan.  Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut.  Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya.  Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik.  Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur.

10.  Banyakkan Berdoa dan Solat hajat

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya.  Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.  Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu.  Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya.  Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya. 
Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang.   Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah mereka seadanya.  Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b