Teks: Zanariah Kamal Foto: Koleksi Peribadi Tercari-cari homestay murah di Kuala Lumpur? Menghadiri konvokesyen atau melawat anak-anak di Universiti Malaya? Kalau menginap di hotel, sah-sah kalau datang bersama keluarga yang ramai perlukan 2-3 bilik. Mahu cecah Rm400+ untuk 2-3 bilik menginap di hotel tersebut. Anda boleh jimatkan wang anda. Menginap di Ummi Homestay. Sebut pasal homestay ini, saya mencadangkan singgah dan menginap di Ummi Homestay Pantai Dalam . Service rumah pangsa 3 bilik fully furnished yang agak selesa. Terletak di Pantai Dalam berdekatan dengan Angkasapuri. Lokasinya yang agak strategik yang berhampiran dengan exit utama memudahkan lagi perjalanan sekiranya menginap di sini. Apa yang menariknya nak cerita p emandangan dari depan Ummi HomeStay ialah Menara Rebung TM. Sekiranya anda datang dari jauh boleh lihat bangunan tersergam itu dari sini. Ummi Homestay masih lagi baru dan tempatnya agak selesa dengan “guarded” membuatkan hati lebih terasa selamat