Skip to main content

Anak Kita Adalah Diri Kita, Betul Ke?

Teks:Zanariah Kamal

 

Bismillah..
Salam Jumuah.. moga kita semua diberkati hari ini. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah hari ini ummi sempat juga nak menaip entri menggunakan komputer. Agak lama juga tak buka komputer ni sejak dah ada tablet. 

Ummi terfikir juga berapa lama nak berkepit dengan tablet, kadang-kadang rasa tak selesa tangan terasa panas. Mungkin sebab radiasi atau apa.

Ummi bukanlah arif sangat pasal tu. Sejak dua menjak tablet dah dikurangkan dan telah pun disorok dari Danisha dan Fayyadh. Jika tidak menghadap tablet saja mereka berdua. Ummi bimbang kesihatan mereka terganggu sebab guna benda tu.

Entri hari ini tentang anak juga. Ummi baru habis baca sebuah buku motivasi bertajuk "Menangani Anak Bermasalah". 

Ada satu bab yang best nak kongsi kat sini iaitu "Anak Kita Adalah Diri Kita". Rasa insaf juga bila dah baca ni. Selalunya bila anak buat perangai terus nak melenting, marah-marahkan nak. Tapi kita tidak semak perangai kita macam mana.

Menurut penulis sedikit sebanyak anak kita mewarisi sifat, peragai dan perwatakan kita. Oleh itu,jika anak bermasalah itu datangnya dari kita.

Jom Semak Diri Kita

1. Adakah masalah anak kita itu berpunca dari perangai kita sewaktu anak itu dalam kandungan? Ada kajian yang menunjukkan bahawa 90 peratus perangai anak terbentuk sewaktu di dalam rahim ibunya. Tanyalah diri kita adakah kita berperangai baik dan sentiasa buat amal soleh sewaktu anak kita dalam kandungan atau sebaliknya?

2. Adakah kita selalu mendoakan perkara-perkara yang negatif pada anak kita ? Tentu tidak.. Kata penulis lagi, apa yang kita fikir dan sangkakan dan apa yang kita cakapkan terhadap anak kita adalah doa.

Kalau kita selalu kata anak kita 'degil' 'bebal' 'jahat' 'tak boleh diharap dan sebagainya, ia menjadi doa. Perkara negatif yang kerap kita labelkan kepada anak kita akan benar-benar membentuk  sifat dan perangainya. Ya Allah jauhkanlah ye, kita kena sentiasalah beringat bila nak marah anak tu. Jangan sampai keluar perkataan buruk. Peringatan buat diri ummi juga.

3. Sila semak adakah kita dah beri kasih sayang sepenuhnya, secukupnya, melimpah ruah kepada anak kita atau sebaliknya? Kata penulis anak yang tidak mendapat kasih sayang  sepenuhnya tidak akan bersifat berkasih sayang terhadap orang lain.

Ada kajian mengatakan 90 peratus pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, datang dari keluarga yang tidak harmoni dan kurang berkasih sayang. 

Lepas ni jangan lokek kasih sayang dengan anak-anak kita. Bukan kena bayar pun. Biar melimpah ruah kasih sayang dalam rumah tangga kita. Pamirkan rasa sayang tak perlu dengan hadiah mewah cukup dengan pujian dan senyuman kita yang ikhlas dengan anak. Bukan muka garang yang menakutkan. Astagfirullahalazim.. insaf ummi baca ni. 

4. Lagi satu kita semak amalan kita pula. Adakah kita menjaga amal ibadah dengan sempurna? Tidak tinggal solat lima waktu, puasa, banyak baca Quran dan sebagainya. Jika amal ibadah dicuaikan, kata penulis rumahtangga kita tidak akan dirahmati Allah, dan rumahtangga yang dibina tidak diberkati-Nya. Maka Allah akan biarkan kehidupan kita dan anak-anak penuh dngan masalah.

5. Yang terakhir, adakah kita sering bersifat keras hati dan kasar terhadap pasangan kita, anak-anak kita dan orang lain di sekeliling kita? Setiap masa kita di dalam perhatian anak-anak kita dan mereka lebih mudah meniru serta mencontohi apa yang kita buat daripada apa yang kita cakap.

Sekian untuk perkongsian hari ini. Peringatan buat diri ummi yang selalu alpa. Mendidik anak umpama buat kuih. Elok atau tidak kuihnya bergantung pada cara penyediaannya.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha.


Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b