Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Atas permintaan Danisha nak donat sejak baik demam. Ummi pun buatlah ikut resepi yang ummi dapat ni. Alhamdulillah menjadi. Lembut lagi sampai pagi ni. Danisha minta donat coklat.
Terima kasih kepada yang empunya resepi. Kepada ibu- ibu yang nak buat donat lembut dan sedap boleh ikut resepi yang ummi tulis ni. Ini bukan pertama kali ummi buat donat. Dah banyak kali dah. Hari ini hanya nak kongsi resepi je.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil yis (jenama mauripan)
1 biji telur
Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
Ummi buat ball donat jadi lagi mudah. Bentukkan bebola dan isikan inti kastad.Goreng.
Untuk donat salut coklat tak perlu isi inti kastad. Goreng je bebola donat. Biarkan sejuk dulu. Cairkan coklat dan celup. Siap untuk dimakan. Takde gambar sebab tak sempat nak snap dah habis..
Selamat mencuba!!

Comments
Post a Comment