Teks: Zanariah Kamal
Bismillah...
Assalamualaikum..berpagi- pagian dengan rasa syukur. Walau semalam tak cukup tidur sebab sembang dengan kawan. Membincangkan isu hangat.
Positifkan minda, ceriakan hati dan tabah. Cabaran buat anak ummi Muhammad Afiq yang menduduki UPSR pagi ini dengan rasa tak berapa seronok.
Hajat semua nak habiskan peperiksaan hari ini. Disebabkan ada insan yang tidak amanah , tidak jujur dan tidak bertanggung jawab membocorkan soalan periksa. Mata pelajaran sains ditangguhkan pada 30 /9/2014.
Afiq anak yang baik, jujur dan dedikasi, kuat usaha. Ummi akan selalu mendoakan Afiq. Walau sedikit air mata tumpah pagi tadi ketika ummi sampaikan berita tentang penangguhan kertas sains. Afiq nampak tidak berpuas hati.
Teruskan usaha anakku. Kita dah berusaha, Allah yang akan menilainya. Semua yang berlaku dah tertulis. Ummi sayang Afiq sampai akhir nafas.
Mood nak memujuk anak, beginilah bunyinya. Bagi semangat kat anak yang kecewa atas apa yang terjadi. Bersabarlah, Allah kan ada.
Selaku ibu carilah masa atau peluang untuk mendengar luahan hati anak. Ibu kena bijak mengawal emosi. Agar hati anak yang bersedih tidak bertambah sedih..
Anak-anak juga memerlukan sokongan ibu bapa dalam menangani masalahnya. Mereka memerlukan sentuhan fizikal yang mantap. Peluklah anak selalu walau anak tu dah besar meninggi dari kita.
Ummi nak jadi ibu bijak agar anak- anak juga akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti.
5.00 petang
Afiq dah balik dari sekolah. Seperti biasa ummi tak sabar nak dengar apa yang Afiq nak cerita berkaitan exam.
Beri salam, terus masuk ke bilik. Tak mahu bercakap. Sembam muka ke bantal. Menangis rupanya anak bujang ummi.
Ligat juga ummi memikirkan apa kata- kata terbaik nak pujuk Afiq. Rupanya Afiq letih. Lepas tu sedih, kenapa nak jawab exam 2 x.
Syukur juga ummi tenang dan boleh bagi semangat semula. Inilah kisah hari ini bersama anak sulong Afiq.

Comments
Post a Comment