Teks : Zanariah Kamal
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah..
Assalammualaikum.. salam sejahtera buat suri-suri dan ibu-ibu bijak yang sudi singgah di blog saya. Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan berkongsi resepi. Mudah-mudahan ianya bermanfaat. Resepi saya olah sendiri mengikut selera saya dan anak-anak. Syukur kerana menepati citarasa anak-anak. Menu ringkas ini sangat berkhasiat.
Di bawah ini saya kongsikan resepinya
Bahan-bahan:
Sebungkus makaroni pasta (direbus hingga kembang)
1 mangkuk ayam cincang
4 keping cheese
2 biji telur
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
2 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih (dikisar)
4 labu bawang merah (dikisar)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
daun bawang/daun sup untuk hiasan
Cara-cara
1. Rebus makaroni hingga kembang. Toskan
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan ayam cincang, kacau hingga ayam masak
4. Masukkan kicap manis, sos tiram
5. Masukkan makaroni dan kacau rata perasakan dengan sedikit garam
6. masukkan telur dan kacau lagi hingga telur masak
7.Tutup api, siat-siatkan cheese dan masukkan ke dalam kuali tadi. Kacau lagi. taburkan bahan hiasam
6. Siap untuk dihidang.

Comments
Post a Comment