Teks: Zanariah Kamal
Foto: koleksi peribadi
Bismillah..
Foto: koleksi peribadi
Bismillah..
Alhamdulillah masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Petang Jumaat yang tenang, hujan turun membasahi bumi. Menu minum petang ni donat inti kastad.
Atas permintaan anakanda Afiq, minta ummi buatkan donat. Memang kegemaran anak- anak donat ni. Hari ni buat setengah kilo tepung, menghasilkan 25 biji donat.
Ahad ni anakanda Afiq akan balik semula ke asrama, ummi tak mahu menghampakan permintaannya. Bukan apa nanti asyik teringat je kat dia bila tak dapat masakkan makanan kegemaran.
Hampir 2 bulan cuti sakit, kerana luka kaki belum pulih. Sekarang syukur sebab dah nampak kering. Moga Afiq sudah bersedia sepenuhnya untuk tinggal di asrama. Rasanya mood suram dan mendung pasti berlaku. Moga Afiq gembira dan tenang di asrama.
Comments
Post a Comment