Skip to main content

Adab Sebagai Tuan Rumah Dan Tetamu

Teks: Zanariah Kamal



Bismillah..
Assalamualaikum..

Ummi rasa nak kongsi sesuatu yang  rasa menarik sebagai peringatan. Adab kita jika kita menjadi tuan rumah dan adab kita sebagai tetamu. Mungkin perkara ini biasa dan mungkin juga kita terlupa.

Maklumlah sekarang ni masih lagi dalam bulan syawal. Mood raya, kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi masih dijalankan. Yang mungkin menyebabkan tetamu datang terpaksa bermalam di rumah kita. Di sebabkan jauh untuk ulang alik. Atau ada urusan kerja di tempat itu.

Nak pergi ke rumah orang ada adab yang perlu dijaga. Begitu juga adab kita pada tetamu. Ada hadith yang tentang perkara ini. Memuliakan tetamu adalah perkara yang terakhir dihuraikan manakala dua perkara pertama ialah berkata dengan baik jika tidak lebih baik diam dan memuliakan jiran. Semuanya saling berkait dan penting dalam kesempurnaan Islam sebagai cara hidup.

Kita tahu tetamu kena diutamakan dan dimuliakan. InsyaAllah selepas ini kita tahu daripada mana sumber amalan ini dan bagaimana cara sebaiknya yang diajari oleh Rasulullah SAW.

Peringatan yang pertama jika ada orang nak datang ziarah, apa perkara yang perlu kita buat sebagai tuan rumah ni ?

1. Hendaklah kita melayan tetamu dengan wajah yang ceria dan berkata-kata dengan perkara yang baik-baik dengan tetamunya.

walaupun penat cuba senyum dan ceria, insyaAllah mujahadah pasti diberi ganjaran Allah swt.

2. Hendaklah kita bersegera menyediakan makanan dan minuman dan apa sahaja yang ada dirumah.

Cepat-cepat hidangkan air jangan sampai berborak dah dekat 1 jam tapi air tak keluar-keluar, tetamu nak minta mestilah segankan.

Seterusnya sangat penting kita ingat dan buat,

3. Hendaklah kita menambahkan menu untuk tetamu kita lebih dari kebiasaan yang disediakan untuk ahli keluarga untuk selama sehari semalam.

Dalam dua hari berikutnya hendaklah kita menjamu tetamu dengan makanan biasa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga tanpa merasa bebanan atau kemudaratan keatas mereka.
Telah diriwayatkan oleh Muslim dari sabda Rasuluullah SAW yang bermaksud:" Melayanlah tetamu itu adalah selama tiga hari dan sehari semalam hendaklah dilayan dengan seistimewa-mewanya, maka apa sahaja yang selain dari itu maka ia adalah sedekah baginya."

Sebagai tuan rumah cuba sedaya upaya untuk menghidangkan menu yang luar biasa dan lebih dari kebiasaan tidak kiralah samada kita beli atau masak sendiri, yang penting tetamu kena dilayan seperti vip pada hari pertama dan hari seterusnya apa yang biasa kita makan seharian dan ia adalah sedekah untuk tetamu itu. Janganlah terperanjat jika hari kedua tuan rumah hidang ikan goreng dengan sayur sebab mungkin itu adalah makanan biasa baginya.

Itu jika kita menjadi tuan rumah ,manakala adab kita sekiranya menjadi tetamu pula macam mana?

Jangan susahkan atau menyulitkan tuan rumah dengan tinggal dirumahnya melebihi tiga hari atau tinggal dirumahnya sedangkan tahu bahawa tuan rumah tidak mempunyai apa-apa untuk menghidangkannya.

Jadinya kita kenalah faham tentang keadaan tuan rumah walaupun tetamu kena dimuliakan tetapi ingat hanya tiga hari...

Orang dulu-dulu dan sampai sekarang mak selalu pesan bawa buah tangan bila datang rumah orang , sebelum baca hadith ni selalu ingat biasalah orang melayu kaya dengan adab sopan budi bahasa , tapi bila baca huraian hadith ni lagi lebih faham..jika kita bawak buah tangan kita dapat elakkan tuan rumah daripada dapat dosa..manalah tahu masa kita datang tu betul-betul tak ada makanan yang istimewa sekurang-kurangnya tuan rumah boleh hidangkan buah tangan yang kita bawa. Dan janganlah pula bila tuan rumah keluarkan apa yang kita bawa, bila balik kita mengata apalah dia keluarkan itu atau ini saje..atau kita beli untuk dia, dia keluarkan balik untuk kita. Jangan sampai ziarah kita menjadi modal untuk mengumpat, nauzubillah.

Dan sebagai tuan rumah pula perlu bersedia lebih awal untuk memberi yang paling istimewa untuk hari pertama kepada tetamu. Dan tetamu lebih manis beritahu awal untuk datang agar kedua-duanya mendapat ganjaran rahmat dan kasih sayang Allah.

Sekiranya setiap kita mengamalkan apa yang Rasulullah pesan dalam hadith bukan kerana budaya insyaAllah kita akan lebih beriltizam untuk melakukannya dengan sebaik mungkin dan tidak timbul hasad dengki dan sebagainya.

Islam cara hidup kita. Ummi kongsikan sedikit panduan untuk anak-anak ummi yang membaca ini. Dan juga pelawat blog ummi yang dikasihi. Ummi dapat info ni dari masjalah Anis Feb 2002. Lama sudah majalah ni dalam koleksi ummi.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha.

Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b