Teks: Zanariah Kamal
Bismillah...
Alhamdulillah...syukur sebab anak ummi dapat menghabiskan puasa enam semalam. Sepatutnya ummi buat makanan istimewa. Tapi semalam tiba-tiba demam urat, bisa badan dan sejuk yang teramat sangat, tak dapat nak masak.
Hari ini rasa ok sikit. Alhamdulillah ummi sempat juga buat kek oren sunquick. Mereka belum balik dari sekolah. Nak surprise kat Afiq dan Haziq. Oleh kerana mereka suka kek tak kisahlah kek apa pun, jadi ummi pilih kek oren nak raikan kemenangan mereka.
Resepi ini pun hasil carian Google...tapi gambar koleksi dari album ummi.

Bahan-bahannya:
1. Marjerin ~ 1 cawan (250g)
2. Gula kastor ~ 1 cawan
3. Telur ~ 6 biji ***( ummi guna telur gred A 4 biji )
4. Pati oren sunquick ~ 3 camca besar
5. Susu sejat (evaporated creamer) ~ Suku cawan (50 ml). ***** ummi guna susu segar
6. Tepung gandum ~ 2 cawan ****1 cwn bersamaan 240 ml guna cwn ada indication
7. Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar (7g)
Cara membuatnya:
1- Pukul marjerin bersama gula hingga kembang dan ringan.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
3- Masukkan pati oren dan susu sambil dikacau rata.
4- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali, sedikit demi sedikit hingga selesai.
Comments
Post a Comment