Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Assalamualaikum..
Hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah syukur sangat hari ini ummi dapat jamu anak2 dan suami makan soto air tangan ummi. Seronok sangat sebab ummi rasa soto ummi menjadi. Suami pun puji sedap. Anak ummi bertambah makan dan berulang- ulang pulak tu.
Soto ummi hari ini tak de bergedil. Sebab bahan basah seperti daging tidak dijual dikedai tempat tinggal ummi. Daging hanya ada dijual di pasar. Jadilah soto mee hun dan nasi impit dan daging ayam siat.:-)
Alang- alang nak buat, buatlah lebih boleh ajak jiran dan kawan terdekat makan. Raya kan masih ada. Hari Jumaat pula tub elok bersedekah..
Ini resepi soto sedap yang ummi jumpa. Ummi memang suka guna resepi Azie Kitchen buat apa pun menjadi..nak bagitau gambar tu hiasan saje. Semalam sibuk sampai tak sempat nak pegang handpone..tapi lebih kurang je rupanya.
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Garam
Serbuk perasa
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Comments
Post a Comment