Skip to main content

Haziq Always The First!!

Teks: Zanariah Kamal
Foto : Koleksi peribadi

Bismillah...


Gambar ini diambil dalam kereta masa raya pertama, kami dalam perjalanan ke rumah emak mertua di Kampung Sempang Pantai,Merlimau..sedang mood beraya!!


Ini Haziq atau abang ngah...seorang yang suka tersenyum, tapi suka juga mengamuk. lagak seperti boss dalam rumah. Apa yang dia mahu mesti dituruti. Kalau tidak menangis meraung kalau tak dapat. Tak susah nak lembut hati Haziq ni kalau kena gaya memujuknya. Boleh dikatakan juga " the first". 

Ummi tak pasti ini ke sindrom anak ke dua. Terlalu berani dan advance. Haziq seorang yang berterus terang, segala keinginan yang dia mahu akan diluahkan segera. Tiada istilah gagal dalam diri Haziq. Mencuba tanpa rasa takut. Rezekinya murah juga , apa yang dihajati tak pernah tak dapat. Mungkin ayat power memujuk nak itu ini yang buat ayah cair.

Boleh dikatakan serba lengkap dalam segala sudut. Apa- apa mesti dulu, makan mesti lebih, bangun tidur pun lebih dulu dari yang lain. Yang selalu kena marah pun dia juga dalam rumah ni.

Lagaknya seperti anak sulong, sebab selalu tunjuk pandai kat abangnya. Lebih- lebih lagi bab penggunaan gadget, seperti handphone , komputer. Abang hanya belajar benda- benda ni dari adik. Memang jauh berbeza sungguh mereka ni. 5 orang anak ummi semua ada watak yang berlainan.

Hari ini hari akhir syawal , hari ini juga Haziq menghabiskan puasa enam. Alhamdulillah, tiada siapa pun yang suruh Haziq berpuasa, dengan sendirinya nak buat. Mungkin tengok ayahnya berpuasa membuatkan Haziq nak berpuasa juga. Selepas berbuka semalam, Haziq bagitau ummi, dia nak puasa setiap hari Isnin dan Khamis. Katanya nak tambah amal. 

Alhamdulillah, ummi setuju je. Ummi doakan Haziq akan menjadi anak soleh, pemimpin yang baik suatu hari nanti dan berjaya dalam hidup. 

Cuma selalu nak kena pesan, kurangkan main dalam kelas. Harap, bila Haziq terbaca kisah yang ummi tulis ni akan buat Haziq bertambah matang dan ada perubahan sikap. Bekerjasama, hormat abang long dan rajin belajar..

Ummi akan selalu doaskan Haziq moga jadi anak yang baik. Ummi dan ayah sayang Haziq. Walaupun selalu kena marah, jangan ambil hati. Ummi hanya nak Haziq jadi baik. Sayangkan adik- adik dan hormat abang long.








Comments

Popular posts from this blog

Menghidupkan Taklim Di Rumah

Teks: Zanariah Kamal Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.. Menjadi ibu bapa di zaman serba moden amat mencabar. Ibu bapa mestilah belajar ilmu an membuat persediaan mental dan fizikal terlebih dahulu. Ilmu yang cukup Insha Allah dapat membantu menjadi pembimbing anak-anak dari rumah.  Ilmu berada di hujung jari. Klik sahaja dah boleh dapat. Tak ada buku ilmiah, kita juga boleh menggunakan khidmat google untuk mencari maklumat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Salah satu aktiviti wajib dan perlu di lakukan di rumah ialah Taklim. Berceritalah dengan anak sekurangnya 20 hingga 30 minit setiap minggu yang berkaitan ilmu agama. Inilah yang sedang kami lakukan untuk anak- anak kami.  Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Taklim. Di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai taklim dan kebaikannya.  Taklim dan taklum merupakan perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW, di mana Allah menyampaikan wahyunya kepada kepada Rasulullah SAW menerusi J

UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM

Guest House/Homestay PANTAI DALAM @   Pantai Permai, Pantai Dalam Ummi Homestay adalah RUMAH SEWA HARIAN. Sila SMS / Whatsap kami (014-2375657 ) untuk membuat tempahan awal. Konsep Tempahan adalah "siapa cepat dia dapat".  LOKASI: UMMI HOMESTAY PANTAI DALAM yang beralamat di Blok E Level 15 yang terletak di Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam. Untuk lihat suasana Ummi Homestay sila       KLIK DI SINI LOKASI MENARIK YANG BERHAMPIRAN: Lokasi yang strategik untuk tinggal di KL.   Kemudahan pengangkutan awam spt bas dan LRT.   Berhampiran stesen Komuter/LRT Pantai Dalam/ Universiti Berhampiran dengan Pusat Bandar KL, PJ  Berhampiran dengan Bangsar South , Universiti Malaya / Hospital , Mid- Valley, RTM dan lain-lain   Perkhidmatan 24 jam keselamatan dan tempat letak kereta yang mencukupi. Bangunan ini dilengkapi dengan lif . KEMUDAHAN: 3 bilik tidur  Bilik Utama 1 – Katil bersaiz queen  Bilik 2 – Katil bersaiz queen dan b

Resepi Turun Temurun Acar Ikan Betuk (Puyu)

Teks : Zanariah Kamal Bismillah.. Alhamdulillah, masih lagi dalam mood nak berkongsi. Dua hari lepas dapat panggilan dari adik lelaki saya bertanyakan resepi masak acar ikan betuk. Agaknya dah rindu sangat nak makan acar ikan betuk. Dulu selalu makan lauk ini. Maklumlah emak dan abah suka memancing. Sungai di kampung saya tu hanya ada 2 jenis ikan saja. Ikan haruan dan betuk. Ikan lain dah pupus agaknya. Lauk acar ni memang sedap jika dimakan dengan nasi panas. Rasanya bagi yang tiada selera tu pasti bangkit seleranya. Di sini saya kongsikan resepinya. Bahan A : 15 ekor ikan betuk (digoreng) 2 biji timun - buanga biji, potong memanjang 2 " 1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 " 2 sudu besar rempah kari (guna kari daging) 5 iji cili hijau 4 sudu besar minyak Bahan B untuk dikisar : 5 tangkai lada kering 1 sudu besar udang kering 1 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah Bahan C : 2 sudu besar kerisik 1 sudu besar garam 3 sudu b